floating


title gerak2



widgeo.net

7 Oct 2015

Dah Kerja...

Assalamualaikum...
selamat petang a.k.a malam..

Dah lama kan tak update blog?
Terasa rindu dihati. Kali ni yang boleh nak mengupdate semua nih sebab Allah memberi kesempatan walaupun menggunakan line pejabat...
Maaf bos, takda pelanggan jadi saya amik sikit line internet...

Bukan apa cuma sekarang dah dalam alam pekerjaan, jadi masa untuk bersosial dah kurang.. Almaklumlah kan..
Tarikh konvokesyen dah nak dekat.. umm dengar dengar dalam 29 November macam tu kot... in shaa Allah..
Harap harap semua famili turut hadir terutama adik kedua yang tengah menuntut kat GMI sana...
Tak sabar nak jumpa dengan sahabat-sahabat yang dah susah senang hidup kat negeri orang... belajar sama-sama susah sama-sama..
in shaa Allah
Hubungan akan kekal hingga Jannah...

haa...
sambil-sambil tu jomlah kita sedekah kan al-Fatihah kepada semua orang yang disayangi...

27 Feb 2015

SAHABAT & KAWAN

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi.. 
Salam Jumaat.. 
Penghulu hari dan hari yang sangat disukai ramai.. 

Dalam kehidupan seharian.. setiap orang mesti perlukan kawan.. dan kawan tu pulak tak kisah lah macam mana rupa, jantina, latar belakang sekalipun… hubungan yang hanya sekadar kawan boleh jadi juga dia ibu, ayah, atau adik-beradik kita..
Sebab kawan adalah kawan. Sahabat adalah sahabat. Dan ciri-ciri dari kedua-dua hubungan ini adalah SANGAT-SANGAT lah berbeza sama sekali…

KAWAN. Jangka masa yang diperlukan adalah singkat, terhad, dan ianya diperlukan pada masa2 tertentu sahaja… dengan berkawan ia tidak kisah samaada lelaki atau perempuan.. TETAPI dari segi latar belakang, harta, kepintaran, dan sebagainya amatlah penting.. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam hubungan KAWAN ini adalah…
  • ·         Berkenalan melalui tempat kerja.
  • ·         Berkenalan melalui laman media social.
  • ·         Tersalah dail nombor telefon.
  •    Apabila bergabung dalam satu kumpulan.
  • ·         Apabila ingin berbincang mengenai pelajaran, kerja dan sebagainya…
  • ·         Satu kelas, kuliah, tempat uswah, kafa, tuisyen,rumah, bilik, kilang, pejabat dan sebagainya…
  • ·         Pernah diminta dijadikan driver apabila ingin kemana-mana.
  • ·         Apabila tidak cukup korum akan dicarinya kawan itu…
  • ·         Diperlukan apabila memerlukan perlindungan.  

Dan banyak lagi ciri-ciri bermulanya hubungan kawan dalam dunia yang moden ini… tapi sayang ia hanya bermula terlalu cepat dan berakhir juga terlalu cepat tanpa kita belum sempat mengenal hati, perangai, dan sifat seseorang itu…

Manakala untuk SAHABAT pula, ia sangatlah susah dicari dan apabila dah jumpa tolonglah jangan sia-siakan sahabat tersebut.. kerana seorang sahabat ini ibarat sebuah almari.. itu bagi aku.. bagi hampa tak tahulah.. hehe.. sebab SAHABAT yang sebenar boleh mengkritik, memuji, menasihati, menyayangi, mengambil berat tentang kita tak kira waktu dan tempat.. dan itulah dipanggil SAHABAT.. berikut adalah bermulanya hubungan PERSAHABATAN…

  • ·         Berkenalan dari kecil dan hubungan kekal hingga berumah tangga walaupun masing-masing dah berumah tangga.
  • ·         Sentiasa saling mengambil berat sesama sendiri samaada sahabat tersebut lelaki mahupun perempuan. TANPA ADA SEBARANG PERASAAN LAIN.
  • ·         Sentiasa bertanya khabar walaupun berjauhan.
  • ·         Tidak menghiraukan dan percaya khabar angin yang buruk-buruk tentang sahabat sendiri..
  • ·         Sentiasa berbincang jika ingin melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kedua-dua pihak.
  • ·         Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat dan keluarganya dalam diam.
  • ·         Menjaga kehormatan sahabatnya terutama sekali yang berlainan jantina.
  • ·         Tidak merosakkan hubungan persahabatan hanya kerana jatuh hati dengan ciri-ciri yang terdapat pada sahabat tersebut. (aku paling benci dengan nih sebab tu aku nak tulis)
  • ·         Berusaha sekeras-kerasnya untuk menutup aib sahabat tersebut.
  • ·         Sentiasa berada disisi dalam keadaan susah dan senang.
  • ·         Sentiasa saling ingat-mengingati tentang akhirat dan dunia.
  • ·         Tidak mengira samaada sahabat tersebut miskin, kaya, lelaki, perempuan, gemuk, tinggi, rendah dan sebagainya.

     Dan banyak lagi ciri-ciri untuk menjadi sahabat yang baik.. tapi tak berapa ingat.. dan ini juga berdasarkan pengalaman aku selama 20 tahun ini.. Harap-harap hampa berhati-hati memilih kawan sehingga ke akhirat kerana kawan dan sahabat yang ikhlas akan membawa ke syurga… In Shaa Allah..



Apabila kamu memandang SAHABAT kamu,
Kamu akan terus teringatkan akhirat,
Dan itu adalah sebaik-baik SAHABAT.


HARGAILAH SAHABAT SELAGI ALLAH MASIH MEMBERI... 

14 Feb 2015

sEm 8... !!!

Bismillahi rahmanirrohim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Pejam celik pejam celik dahh masuk tahun 2015 yang kita tertunggu-tunggu kan...
Bila dah masuk tahun baru... umur pon barulah kan.... kalau dulu masih keanak-anakan.. kebudak-budakkan.. Tapi sekarang dah boleh buat keputusan sendiri, dah pandai berdikari walaupun sikit-sikit...
Alhamdulillah...

Dan untuk study pon Alhamdulillah... Lebih lagi minat untuk belajar tu bertambah kuat.. dan makin bernafsu pulak nak menuntut ilmu.. hehe...
Pointer pon Alhamdulillah.. lebih baik dari sebelum-sebelum ni..
Mama dengan Abah yang selalu mendoakan mila 5 kali sehari memang tak dapat nak dilupakan..
Kepada kawa-kawan yang dah banyak tolong, ajak, suruh, tanya, dan ajar mila sebelum-sebelum nih mila sangat-sangat appreciate...
Hanya Allah sahaja yang boleh balas apa yang u all dah buat kat mila selama kita study kat Kolej nih..
Terima kasih sangat-sangat...

Sekarang bila dah start sem baru ni.. sem 8.. dah jadi macam semangat baru tumbuh... uwahh... ada peningkatan ni... lagi-lagi bila belajar subjek yang memang berdasarkan praktikal sebelum nih,,, memang best la... siapa yang tak best...

harap2 kali nih memang 4 flat.. amiin...

17 Sept 2014

Critical day.. Maybe??..

Assalamualaikum semua pembaca2 blogger..
Harap sihat selalu dan bahagia disamping orang2 yang disayangi... 
Dan harap2 anda semua taklah stess malam nih.. kerana mila tak ingin sama sekali anda semua stress... 
huh!.. apa aq cakap ni... T___T 

Ok,, sebenarnya mila tak dak apa yang nak ditaipkan pun.. just nak hilangkan sisa2 stress tahap kritikal 1 hari ni kat blog saja.. Ok kan?? Haish.. tak tahu lah kenapa dari pagi tadi start pergi kerja KERJA ok.. (haha bajet..) asyik semuanya tak kena.. tak tahu lah.. nak kata tak breakfast dah breakfast dah makan bihun goreng yang mama goreng tadi pagi.. nak kata tak cukup tidur rasanya dah cukup2 8 jam kot.. 

Entahlah, mungkin hari ni memang tak dak mood kot, dengan badan letih... siap tesilap bagi ubat bagai.. hishh ni dah memang kritikal nih.. Nak tahu tak ada ke patut doktor mintak captopril 25 mg untuk 30 hari mila bagi calcitriol 0.25 mcg.... agak2 kalau kira pun mesti pelik kan... tapi waktu kira tu dah rasa macam pelik tapi masih tak tergerak hati nak tanya Kak Syaza, Pembantu Farmasi klinik tu.. rasa macam yakin sangat.. itu yang first.. nasib baik Kak Syaza cek dulu sebelum dispense ubat kat patient.. buat kalau terus dispense tapi tak cek..?? tak ke naya orang tu?? sekali dengan orang Farmasi naya sekali... Ohh.. Nauzubillah…

Yang second pulak jadi lagi nak captopril,, mila bagi calcitriol… Last2 Kak Syaza tegur..
“Mila okey ka??”..
“Okey ja.. ”..
“Hai.. ubat duduk sebelah2 pun silap lagi.. 2 kali nih silap.. Mila kenapa ni??”..
“Entah, rasa macam bingung sikit harini tak tau lah kenapa, lapaq kot.. hehe”
“Ha la Kak Za, harini kami jadi macam tak larat lain macam.. macam tak dak mood ja…” Najwa pon dah berjangkit dah jadi tak dak mood semacam..
 Sekali Kak Za gelak ja.. nasib baik Kak Za gelak.. kalau tak dak mood sekali macam kami?? Haha.. tak ka suram jadi farmasi tu?? Hmm.. ok lah stakat ni saja dulu.. Mila pun dah hilang stress dah.. tak tahu nak tulis apa dah..

Tolong doakan harap esok kami dapat kerja dengan tenang dan ceria macam selalu…
Tak nak salah-salah dah… No. No. No…. ^_^




12 Aug 2014

Second Practical..!!!!...

Assalamualaikum !! (teruja)

Adakah hari2 anda semua seceria hari ini?? Kalau ya.. Alhamdulillah..
Sebab apa... sebab semalam taklimat praktikal kedua.. Tak mau tanya ka Mila dapat kat mana?? Hehe... dekat saja.. Klinik Guar Chempedak... dekat kan??.. Yess of Course..
Kalau nak ikutkan sebelum nih Mila memang selalu doa mintak dapat Terengganu.. sebab hospital sana ada bagi sijil praktikal bila habis.. Lain la kalau tempat lain..
Semalam waktu tengah berdebar menunggu keputusan praktikal dari Cik Ayu staf yang handle budak praktikal kolej kami umumkan nama... terketar-ketar tangan ni ha.. Sambil tu dok harap tak nak dapat Hospital Grik.. dan Alhamdulillah memang tak dapat pon.. hehehe...
Mila tengok macam-macam ragam macam-macam aksi kawan2 yang dapat result tempat praktikal.. ada yang seronok tak dak dah... ada yang menangis tak mau2.. ada yang runsing... ada yang tekejut... dan sebagainyalah... dah macam dapat result SPM pulak tengok.. Mila?? mestilah senyum sampai ketelinga..hehe.. Bersyukur sangat..
Nak cerita lagi... dekat klinik kali nih Mila dapat sekali dengan Najwa.. haa... ada jodoh dak kami.. dulu kat Hospital Yan pon sama.. kali nih kat klinik pon sama..
Nampak tak?? Allah tak bagi Mila pergi jauh2 sebaliknya Allah bagi Mila duduk dekat2 ja.. Mesti ada hikmah tu kan.. Wah.. indahnya hidup nih..
ok tak nak lah membebel banyak-banyak...
Apa2 pun.. Selamat berjuang kepada kawan2 sekelas dan se'batch' dengan Mila yang mana dapat jauh2 tu hati2lah ya.. semoga doa kita semua mengiringi kalian.. InsyaAllah..

#savePalestine
#pray4Gaza
#pray4mangsaMH17
#AlFatihah..


4 Aug 2014

Selamat bertunang!!!...

Assalamualaikum...
#pray4Gaza
#Alfatihah

Pejam celik pejam celik dah makin meningkat dewasa pon kita nih kan...
Dulu masa masih kecik2, asyik main basikal, main masak2, main perang2... dan yang sama waktu dengannya..
Bila ingat balik semua tu rasa baru 2 3 hari lepas je kita lalui zaman kegemilangan kanak2 kita.. dan Alhamdulillah kita sekarang dah besar dan menjadi anak yang berguna sekarang InsyaAllah...

Mila bukan apa.. tujuan sebenarnya nak bagitahu yang ramai kawan2, kenalan Mila yang dah bertunang.. dan ada jugak yang dah kawin pun,, ada anak sorang... comel pulak tu.. hehehe...
Jeles?? ada jugak.. sebab diorang dah jumpa siapa jodoh diorang... kita nih tak tahu la sapa yang akan menjalani sisa2 hidup bersama pada masa depan... (ceewaahhh... menyampah!..)

Tapi jangan risau Allah dah tentukan siapa yang akan bersama kita nanti...
Yang kita pelu risau sekarang nih nak senang ke nak susah... faham tak maksudnya?? Maksudnya nak Syurga ke Neraka?? haa... fahamkan?..

Ok... rasa2nya dah cukupkah amalan kita kat dunia nih?? Mila harap.. kita semua dapat penuhkan buku amalan dengan amalan2 baik yang kita lakukan didunia ini.. InsyaAllah...

Kepada yang dah bertunang dan yang dah berkahwin tu Mila harap2 u all dapat menjadi lebih matang dalam menjalani hidup sebagai pasangan yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat... Aminn...

16 Jul 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...

Assalamualaikum semua...

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua!!!....
puasa setakat nih amacam?? Full?? Alhamdulillah...
Mila pon bersyukur sangat.. 10 haribulan baru2 ni,,, dah habis praktikal yang pertama di Hospital Yan...
sekarang hanya menunggu sambil goyang kaki saja kat rumah... sambil2 tu belajar apa2 yang patut kat rumah.. masak ke.. apa ke..
Nanti habis seminggu raya nak sambung praktikal yang kedua pulak... tempat??... masih dalam kotak pertanyaan... tak tahu la kat mana...
Tapi harap2 dekat dengan kawasan rumah lah... tak nak pergi jauh2 nanti rindu... rindu kat sapa??? haaa.... mesti la rindu kat famili... duduk study kat perlis tu pun asyik nak balik ja... nasib baik la dekat... kalau study kat oversea??...

ok2.. kami kat Hospital Yan ni ramai sangat,,, lebih kurang dalam 4 orang saja... dan kami sangat gembira... otak kami memang gila... ehh,,, macam lain ja maksudnya tu... ok gila-gila...
mula2 dapat tahu praktikal kat sini memang best sangat dan tak sangka... batch Mila ada jugak kawan yang tinggal 1 kawasan sekali... best sangat... tu pun baru tahu masa Cik Ayu umumkan hospital dengan nama2 yang kena praktikal waktu tu...
Hehe,,, macam tak percaya ja... best sangat bila dah dapat praktikal situ.. Mula2 ingat macam tak best sebab nanti takut kena marah la bagai... sekali dah start kerja.. siap ada punch kad lagi... rasa macam dah keja kat situ... waahhh... lepastu dah tak rasa takut lagi dah...

Haa... kepada adik2 junior kami... jangan risau best jadi pembantu farmasi ni... boleh kenal ubat.. bentuk ubat, fungsi ubat, cara nak makan ubat... dan banyak lagi...
Nanti pengetahuan kita ni bukan hanya untuk kita saja tau... mana tahu nanti ada ahli keluarga yang sakit nak ambik ubat.. kita boleh dispens kan,,, hehe...

ok out dulu... u all pergi pasar rabu tak??
Mila nak pegi nih,,, ada idea tak nak masak untuk iftar?? ok2 kalo camtu nanti kalau ada idea mesej2 la... hehe ok caw..