floating


title gerak2



widgeo.net

23 Mar 2013

Hanya Allah yang Satu

Semalam, mila tengah cuci pinggan lepas makan malam. Tengah2 semangat dok mencuci pinggan tu, Mei datang kat dapur. Lepastu dia gesel2kan kepala dia kat kaki mila sambil "cakap" meow! meow!... pastu mila tanya la dia "Knapa Mei??.. Lapaq ka??.. dia terus pi kat ruang makan, baring sambil "memandikan diri" dia. Waktu dia semangat dok "memandikan diri" tu.. 
Tiba2 azan berkumandang kat henset mila.. Henset tu duduk atas almari. masa tengah dok jilat bulu, mei terus berenti lepas tu tercari-cari mana bunyi azan tu.. Bila dah jumpa, dia tenung ja kat tempat yang bunyi azan tu.
Mila yang tengah cuci pinggan ni pon tak berenti. Rasa malu pulak sorang2.. 
Disebabkan malu, mila pon berenti kejap cuci pinggan untuk dengar dan jawab azan tu. 
Bila azan tu dah habis, mei sambung balik "memandikan" diri dia, mila pulak sambung balik cuci pinggan yang terberenti tadi..
Mila teringat balik apa yang ustazah pernah cerita, pasal makhluk dibumi selain manusia. Setiap saat, setiap jam, setiap waktu, bila2 masa saja, depa berzikir.
Rasa insaf bilafikirkan balik. Kadang2 terfikir la jugak. 'aku ni rajin solat, tapi malas berzikir..' 
Bukan malas, tapi terlupa. sebab tu lah mila selalu cari alternatif untuk bagi mila sentiasa teringat untuk berzikir. Pernah mula2 letak zikir dalam fon. Lepastu letak dalam laptop buat wallpaper. yang tu kadang2 ikut, tapi selalunya tak jugak. dan yang baru2 ni, mila lekatkan zikir dengan selawat Rasulullah dekat pintu locker kat asrama. Dengan cara ni InsyaAllah berkesan. Walaupun buat masa ni mila tak terpandang pon kat zikir tu.
Hmm... susah jugak kan kalau dah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang melalaikan ni?... 
Bukan apa.. mila ni peminat Korea.. So, benda pertama yang akan dipandangnya korea la dulu.. Tapi, bila dah penat atau boring, baru sibuk nak tercari-cari zikir ni. 
Nampak sangat la mila nih cepat lupa diri. Kadang2 tu takut la... takut sangat,, macam tak senang duduk ja, bila tak buat apa yang Allah suruh... 

hmm... 
Nauzubillah himinzalik...

11 Mar 2013

marah ke?? agak-agak la...

assalamualaikum...

hari ni x dak apa2 yang nak diceritakan...  tpi ada benda yang konfius sikit bincang... 

adakah seseorang tu boleh digelar bodoh kerana menunjukkan segala perbuatan marahnya kepada orang lain disebabkan terlalu marah dan tak dapat mengawal emosinya sendiri??...
bagi mila..  benda tu tak semestinya tak boleh dikawal... 
walaupun apa sekali alasannya... 
sebab nabi dah bagi dah sunnah yang perlu diikut dan kat sekolah pon kita dah belajar pasal tu... 

contohnya kalau kita sedang marah dalam keadaan :

1. berdiri maka duduklah.
2. jika duduk maka baringlah
3. jika baring maka tidurlah 

dan yang sewaktu denganya.. apa lagi ntah mila pon x ingat... 
hmm... kalau dah macam tu kita ikut aje la.. 
bagi orang yang tak mampu nak ikut, dia akan bagi alasan

'alaa,,, aku marah sangat tadi, mana nak ingat apa dah..'

'dia yang start dulu, memang salah dia la nak bagi aku marah ke tak..'

tak kisah la sapa yang start dulu.. yang penting kawal emosi.. jangan asyik nak tuding jari saja. tambah-tambah lagi kalau bergaduh dengan orang yang lebih tua.. sepatutnya orang yang muda tu la kena berundur dulu walaupun dia rasa diri dia tu betul... (betul la sangat kan... )
pendek kata.. iblis, syaitan, jin dan yang sama waktu dengannya suka sangat dekat orang yang pemarah ni.. 

bukan suka sebab jatuh cinta ke apa, tapi suka sebab boleh jadikan mainan dan orang tangah diorang untuk meruntuhkan akhlak manusia lain kat bumi ni... 
betol tak??

hmm... kalau betul fikir-fikirkanlah... dan selamat beramal... 

=D

aku suka dia....



Mila rasa mila dah jatuh cinta la… 

Setiap hari mila terbayang-bayangkan dia, makan pon teringat-ingatkan dia.. tidur pon ingatkan dia.. basuh baju pon ingatkan dia…
Rasa indah je dunia ni kalau ada dia… boleh luahkan perasaan, boleh jadikan tempat mengadu, boleh dapatkan pendapat baru dari dia.. dan yang paling best boleh karaoke sama-sama… pendek kata kalau dengan dia semua sempurna lah…
Tapi kalau dia tak dak, rasa macam kehilangan ja… macam hilang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup, walaupun kami baru sama-sama belajar mengecapi kebahagiaan tak sampai setahun jagung…
Mak ngan abah pon rasanya dah tahu kot hubungan kami ni semakin rapat… adik-adik pon macam seronok ja bila bersama dengan dia… bahagia ja tengok… Alhamdulillah…
Tapi..
Satu hari, masa mila tengah seronok-seronok bercerita itu ini.. tiba-tiba, ada orang tersepak wayar charger, lalu terpadamlah laptop tanpa bateri tu dengan rileknya… hilang segala keceriaan untuk diluahkan kepadaya…
Then, lepastu… kalau nak jumpa dia lagi, kena tunggu laptop di onkan semula.. dah lepas on tu, memang frust sangat-sangat sebab semua yang mila tulis kat dia tu hilang… dah dalam keadaan frust campur stress tu broadband pulak buat hal, asal warna biru muda, dah bertukar jadi warna hijau… sampai seterusnya…
:’-(
Akhirnya, mila berputus asa buat sementara waktu, disebabkan kesilapan yang selalu buat, mila taknak berjumpa dengan dia..
By the way…
Tu cerita dulu, tapi sekarang… mila akan buat apa saja untuk bersama-sama dengan dia walaupun sesibuk mana sekalipun.. samaada broadband unlimited access.. mila tetap akan bertemu ‘aloha Mila’… tunggulah…
Lautan api sanggup kurenangi untuk memenuhi tubuh dan anggotamu dengan cerita-cerita tentangku dan cerita-cerita semasa…

Ok bye!..

9 Mar 2013

MATA MELAMBANGKAN PERWATAKAN



Mata mengungkap pelbagai makna dan firasat tersirat terutama wanita. Malah saiz dan alis mata juga selalunya dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan personaliti seseorang individu.


Hari ni, mila dah jumpa perwatakan yang kita boleh ketahui hanya dengan melihat matanya ja dah boleh agak macam mana perangai seseorang tu. Hah.. jom baca.. 


Jenis dan saiz mata

1.       Kecil

Dikatakan peramah, banyak cakap dan periang, tetapi apabila marah, merajuknya lebih lama.



2.       Sederhana  

Bersikap lebih sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan serta bertanggungjawab.



3.       Lebar

Individu yang kuat berahsia, pemarah dan dan suka bertindak tanpa berfikir panjang.



4.       Mata sering berkerdip

Lebih pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.



5.       Mata jarang berkerdip

Seorang yang bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab dan tidak cerewet.



6.       Mata besar dan agak tersembul keluar

Bersifat baik, tabah, menyenangkan tetapi lebih mengikut kata.



7.       Mata redup atau kuyu

Dianggap tidak dapat mengawal emosi, hati tidak tetap, mempunyai banyak kenalan tetapi kurang sahabat serta pemarah.



Disamping mata, bentuk alis atau bulu mata juga boleh dikenalpasti perangai melalui bentuk- bentuknya antaranya:



1.       Bersih, berwarna semula jadi, dan mempunyai lengkungan sederhana

Seorang yang sederhana, sentiasa ingin memberikan kebahagian dan membantu pasangannya, mempunyai tutur kata lembut serta boleh menghibur dan menenangkan hati pasangannya.



2.       Bersih, berwarna semula jadi, dan mempunyai lengkungan tajam

Mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Ia juga dikatakan cepat cemburu, panjang akal, serta pandai menyelesaikan masalah selain mempunyai daya imaginasi yang tinggi, juga sukakan perkara baru dan mencabar.



3.       Tebal

Sentiasa berhati-hati dalam pertuturannya. Hanya bercakapapabila perlu, pendiam, namun pendengar yang baik. Seorang yang mudah sensitive dan mudah terluka, malah jika tersilap langkah boleh mengamuk jika tahap kemarahannya melepasi batasan.



4.       Nipis

Keras hati, banyak cakap, banyak idea, dan aktif walaupun agak garang, tetapi masih boleh dikawal.



5.       Jarang dan nipis

Bersikap sangat keras hati dan memiliki ego yang tinggi serta sukar menerima pendapat orang lain.



6.       Panjang, bersambung, dan berumbai-umbai

Mempunyai perwatakan mempesona dan menarik perhatian serta pandai bertutur kata dan agak peramah.



7.       Melengkung ke atas

Pendai menyembunyikan perasaannya, panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya.



8.       Ada tahi lalat

Seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya. Tidak suka menyusahkan orang lain, suka memberikan pertolongan dan mementingkan orang yang disayanginya.

7 Mar 2013

Boleh diterima ke??



Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah hari nih dapat jugak tulis walaupun bizi dok baca novel.. skarang dah tak bizi la, sebab novel pon dah habis baca… hehe,,,

Sebenarnya.. mila bukan apa. dalam dok memikir-mikirkan dosa pahala sendiri kadang2 tu rasa macam kita dekat dunia nih lebih kecik dari bacteria yang kena tengok guna microscope tu.. sebab apa? Sebab apa yang kita buat kat dunia ni pon, x semestinya Allah terima…

Contohnya, kita keluar rumah walaupun x pakai tudung atau tutup aurat pun dah berdosa, walaupun kita rasa tak dak orang yang bukan muhrim waktu tu yang tengok kita…

Then, kalau kita solat, tak semestinya kita solat 5 waktu sehari semalam tu, semuanya sempurna..

Ya lah antara sebab-sebab yang membuatkan solat kita berkemungkinan tidak sah atau tidak diterima:

1.   Wuduk tak sempurna – mungkin termula dengan sebelah kiri dulu, tak cukup 3 kali, dan yang sewaktu dengannya…

2.       Ternampak aurat- (bagi wanita) kadang2 rambut 2 3 helai terkeluar dari celah telekung, pakai telekung nampak leher, dan yang sewaktu dengannya… (bagi lelaki) seluar atau kain terkoyak di kawasan atau hingga boleh menampakkan aurat dan yang sewaktu dengannya..

3.       Terpijak benda yang membatalkan wuduk- manalah tau mungkin terpijak tahi cicak ke, dan benda2 lain yang dirasakan membatalkan wuduk…

4.       Dalam solat-mungkin terlupa baca al-fatihah, baca surah terlalu laju sampai tertinggal segala tajwid yang ada dalam ayat tu…

Dengan serba sedikit yang tersenarai nih, semuanya kita selalu buat tanpa disedari kan??? Percaya la.. tapi, mila takut la,, teringat balik apa yang ustazah ngan ustaz selalu pesan kat sekolah.. “ingat mati tu sunat”..  kalau sunat tu mesti dapat pahala bonus kan?..  insyaAllah… dan rajin2 la selawat ke atas Nabi kita… kalau dah malas sangat, rajin2kanlah perdengarkan ayat-ayat al-Quran…

5 Mar 2013

kaya vs tak kaya


Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 
hari ni mila nk sembang sambil berfikir,,, boleh ke cam tu?? ntah la... boleh kot.. hum,, ok2.. mila nk tanya la kan,,
Apa pandangan hampa… kalo orang miskin atau x kaya kawan dengan orang kaya atawpun dalam bahasa sopannya orang berada?? Mesti ada yang kata jauh panggang dari api la,, bagai enggang dengan pipit la… macam langit dan bumi la… bagai aur dengan tebing la… eh,, ada ka?.. tapi tak tau la sesetengah orang kan?..
Tapi,, bagi mila, knapa mesti ada yang berpandangan macam tu?? Padahal manusia semua sama ja… hmm.. nk kata masalah pon bukan masalah sangat… sbb yang ni dah macam jadi satu keadaan yang mesti ada walaupun kat mana2.. kan3,,,
Knapa mila kata camni?? Sebab em,, sebab… contohnya kat 1 tempat yang mila pernah blajar nih… ada sorang budak nih, dy mmg tak kisah langsung pasal latar blakang kawan2 dia. Maksudnya, dia tak kisah  la kawan-kawan dia tu anak org kaya ka, anak datuk ka, anak nelayan ka, atau apa-apa lah yang sewaktu dengannya… dia tetap nak kawan tak kira lah dengan sapa pun.. tpi satu hari nih.. org baru dpt tau yang dia nih sorang anak yang salah sorang yang terpenting kat Malaysia.. dan kawan-kawan yang kawan ngan dia pon menjauhkan diri…
Nak tau sebab apa?? sebab depa semua ingat, depa tak sesuai kawan dengan budak tu sebabkan dia hanya anak kepada orang terpenting, yakni Tan Sri, atau Yang Berhormat….. padahal budak tu tak pernah kisah pon sapa nak kawan dengan dia.. dan dia pulak selalu tolong kawan-kawan dia terutama sekali dalam masalah kewangan…
Pastu budak tu pon sedih la… sebab depa semua menjauhkan diri dari dia… pastu dia nk kawan ngan sapa?... hmm kesian kan?? Dah jadi 1 masalah… sbb tu lah sesetengah anak orang kaya ni tak suka menunjuk identiti dia yang sebenar… sebab takut jadi macam ni la…
Tapi ada sesetengah orang pulak, suka menunjuk-nunjuk… macam dia sorang ja ada harta kat muka bumi nih… dan dia x pikir yang harta dunia ni milik Allah S.W.T…  sebab tu la belagak tak ingat… kalau macam ni memang patut la orang pulau dia kan. Nih tak, budak yang baik jugak orang nak pulau… kesian tau.. dia pon ada hati dan perasaan jugak… 
Hmm sebab tu la.. mila dah lama perhati benda ni tau. Cuma tak tau nk luahkan kat sapa.. walaupun ni bukan masalah mila… sebagai umat Islam.. kita tak payah la nak menilai orang dari luaran… hati lagi penting hati… hehe macam kenal ja ayat tu kan??
Dah la.. fikir-fikirkan apa yang mila kata nih.. sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita… yang penting ingat Allah tu Maha Adil dan Bijaksana… SubhanAllah…