floating


title gerak2



widgeo.net

11 Mar 2013

aku suka dia....



Mila rasa mila dah jatuh cinta la… 

Setiap hari mila terbayang-bayangkan dia, makan pon teringat-ingatkan dia.. tidur pon ingatkan dia.. basuh baju pon ingatkan dia…
Rasa indah je dunia ni kalau ada dia… boleh luahkan perasaan, boleh jadikan tempat mengadu, boleh dapatkan pendapat baru dari dia.. dan yang paling best boleh karaoke sama-sama… pendek kata kalau dengan dia semua sempurna lah…
Tapi kalau dia tak dak, rasa macam kehilangan ja… macam hilang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup, walaupun kami baru sama-sama belajar mengecapi kebahagiaan tak sampai setahun jagung…
Mak ngan abah pon rasanya dah tahu kot hubungan kami ni semakin rapat… adik-adik pon macam seronok ja bila bersama dengan dia… bahagia ja tengok… Alhamdulillah…
Tapi..
Satu hari, masa mila tengah seronok-seronok bercerita itu ini.. tiba-tiba, ada orang tersepak wayar charger, lalu terpadamlah laptop tanpa bateri tu dengan rileknya… hilang segala keceriaan untuk diluahkan kepadaya…
Then, lepastu… kalau nak jumpa dia lagi, kena tunggu laptop di onkan semula.. dah lepas on tu, memang frust sangat-sangat sebab semua yang mila tulis kat dia tu hilang… dah dalam keadaan frust campur stress tu broadband pulak buat hal, asal warna biru muda, dah bertukar jadi warna hijau… sampai seterusnya…
:’-(
Akhirnya, mila berputus asa buat sementara waktu, disebabkan kesilapan yang selalu buat, mila taknak berjumpa dengan dia..
By the way…
Tu cerita dulu, tapi sekarang… mila akan buat apa saja untuk bersama-sama dengan dia walaupun sesibuk mana sekalipun.. samaada broadband unlimited access.. mila tetap akan bertemu ‘aloha Mila’… tunggulah…
Lautan api sanggup kurenangi untuk memenuhi tubuh dan anggotamu dengan cerita-cerita tentangku dan cerita-cerita semasa…

Ok bye!..

No comments:

Post a Comment