floating


title gerak2



widgeo.net

5 Mar 2013

kaya vs tak kaya


Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 
hari ni mila nk sembang sambil berfikir,,, boleh ke cam tu?? ntah la... boleh kot.. hum,, ok2.. mila nk tanya la kan,,
Apa pandangan hampa… kalo orang miskin atau x kaya kawan dengan orang kaya atawpun dalam bahasa sopannya orang berada?? Mesti ada yang kata jauh panggang dari api la,, bagai enggang dengan pipit la… macam langit dan bumi la… bagai aur dengan tebing la… eh,, ada ka?.. tapi tak tau la sesetengah orang kan?..
Tapi,, bagi mila, knapa mesti ada yang berpandangan macam tu?? Padahal manusia semua sama ja… hmm.. nk kata masalah pon bukan masalah sangat… sbb yang ni dah macam jadi satu keadaan yang mesti ada walaupun kat mana2.. kan3,,,
Knapa mila kata camni?? Sebab em,, sebab… contohnya kat 1 tempat yang mila pernah blajar nih… ada sorang budak nih, dy mmg tak kisah langsung pasal latar blakang kawan2 dia. Maksudnya, dia tak kisah  la kawan-kawan dia tu anak org kaya ka, anak datuk ka, anak nelayan ka, atau apa-apa lah yang sewaktu dengannya… dia tetap nak kawan tak kira lah dengan sapa pun.. tpi satu hari nih.. org baru dpt tau yang dia nih sorang anak yang salah sorang yang terpenting kat Malaysia.. dan kawan-kawan yang kawan ngan dia pon menjauhkan diri…
Nak tau sebab apa?? sebab depa semua ingat, depa tak sesuai kawan dengan budak tu sebabkan dia hanya anak kepada orang terpenting, yakni Tan Sri, atau Yang Berhormat….. padahal budak tu tak pernah kisah pon sapa nak kawan dengan dia.. dan dia pulak selalu tolong kawan-kawan dia terutama sekali dalam masalah kewangan…
Pastu budak tu pon sedih la… sebab depa semua menjauhkan diri dari dia… pastu dia nk kawan ngan sapa?... hmm kesian kan?? Dah jadi 1 masalah… sbb tu lah sesetengah anak orang kaya ni tak suka menunjuk identiti dia yang sebenar… sebab takut jadi macam ni la…
Tapi ada sesetengah orang pulak, suka menunjuk-nunjuk… macam dia sorang ja ada harta kat muka bumi nih… dan dia x pikir yang harta dunia ni milik Allah S.W.T…  sebab tu la belagak tak ingat… kalau macam ni memang patut la orang pulau dia kan. Nih tak, budak yang baik jugak orang nak pulau… kesian tau.. dia pon ada hati dan perasaan jugak… 
Hmm sebab tu la.. mila dah lama perhati benda ni tau. Cuma tak tau nk luahkan kat sapa.. walaupun ni bukan masalah mila… sebagai umat Islam.. kita tak payah la nak menilai orang dari luaran… hati lagi penting hati… hehe macam kenal ja ayat tu kan??
Dah la.. fikir-fikirkan apa yang mila kata nih.. sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita… yang penting ingat Allah tu Maha Adil dan Bijaksana… SubhanAllah…