floating


title gerak2



widgeo.net

9 Mar 2013

MATA MELAMBANGKAN PERWATAKAN



Mata mengungkap pelbagai makna dan firasat tersirat terutama wanita. Malah saiz dan alis mata juga selalunya dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan personaliti seseorang individu.


Hari ni, mila dah jumpa perwatakan yang kita boleh ketahui hanya dengan melihat matanya ja dah boleh agak macam mana perangai seseorang tu. Hah.. jom baca.. 


Jenis dan saiz mata

1.       Kecil

Dikatakan peramah, banyak cakap dan periang, tetapi apabila marah, merajuknya lebih lama.



2.       Sederhana  

Bersikap lebih sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan serta bertanggungjawab.



3.       Lebar

Individu yang kuat berahsia, pemarah dan dan suka bertindak tanpa berfikir panjang.



4.       Mata sering berkerdip

Lebih pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.



5.       Mata jarang berkerdip

Seorang yang bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab dan tidak cerewet.



6.       Mata besar dan agak tersembul keluar

Bersifat baik, tabah, menyenangkan tetapi lebih mengikut kata.



7.       Mata redup atau kuyu

Dianggap tidak dapat mengawal emosi, hati tidak tetap, mempunyai banyak kenalan tetapi kurang sahabat serta pemarah.



Disamping mata, bentuk alis atau bulu mata juga boleh dikenalpasti perangai melalui bentuk- bentuknya antaranya:



1.       Bersih, berwarna semula jadi, dan mempunyai lengkungan sederhana

Seorang yang sederhana, sentiasa ingin memberikan kebahagian dan membantu pasangannya, mempunyai tutur kata lembut serta boleh menghibur dan menenangkan hati pasangannya.



2.       Bersih, berwarna semula jadi, dan mempunyai lengkungan tajam

Mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Ia juga dikatakan cepat cemburu, panjang akal, serta pandai menyelesaikan masalah selain mempunyai daya imaginasi yang tinggi, juga sukakan perkara baru dan mencabar.



3.       Tebal

Sentiasa berhati-hati dalam pertuturannya. Hanya bercakapapabila perlu, pendiam, namun pendengar yang baik. Seorang yang mudah sensitive dan mudah terluka, malah jika tersilap langkah boleh mengamuk jika tahap kemarahannya melepasi batasan.



4.       Nipis

Keras hati, banyak cakap, banyak idea, dan aktif walaupun agak garang, tetapi masih boleh dikawal.



5.       Jarang dan nipis

Bersikap sangat keras hati dan memiliki ego yang tinggi serta sukar menerima pendapat orang lain.



6.       Panjang, bersambung, dan berumbai-umbai

Mempunyai perwatakan mempesona dan menarik perhatian serta pandai bertutur kata dan agak peramah.



7.       Melengkung ke atas

Pendai menyembunyikan perasaannya, panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya.



8.       Ada tahi lalat

Seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya. Tidak suka menyusahkan orang lain, suka memberikan pertolongan dan mementingkan orang yang disayanginya.

No comments:

Post a Comment