floating


title gerak2



widgeo.net

20 Apr 2013

hepy besday to??



Alhamdulillah,,, skarang masih tinggal setengah jam lagi sebelum tamat ulang tahun yang ke 19 tahun mila,,,

Smoga Allah mengampuni segala dosa2 yang mila telah dilakukan sebelum nih,,, smoga semua orang dapat memaafkan segala kesalahan mila kat semua orang yang mungkin mila lakukan,,, mungkin tertinggi suara, termarah, terhutang dengan sapa2 ke, dan apa je lah yang ter,, halalkan makan minum mila sebelum nih ok? harap dimaafkan,,, (cewah mcam raya plak)
eh,, lupa pulak.. mila nk ucapkan sangat2 terima kasih kat sapa yang dah wish hepy besday kat mila... sayang awak semua... awak semua baik sangat... kiut macam strawberry,,,, haha... 
dan semoga mila dan kawan2 yang lain x kira dari sekolah rendah sampai lah kolej, semoga dapat menunaikan impian diri sendiri dan keluarga nanti...
amin... 

ok lah... slamat malam.... U! I LOVE.....

15 Apr 2013

Astaghfirullah halazim



Setelah beberapa hari kekeringan poket melanda… akhirnya petang tadi lepas balik dari kelas mila dan kawan-kawan turun kat ATM Unimap semata-mata nak ambik duit kat situ… 
then kami berpecah, mila ngan mimi balik. Ika, ikin ngan yana pi beli ais blended kat gerai depan sana… selalunya setiap kali kami jalan nak balik dari unimap ke hostel mesti kena melalui padang bola. 
Suasana kat situ boleh agak la kan.. sangat ramai dengan student lelaki yang seronok main bola..entah knapa ntah boleh ramai pulak orang kat situ.
Tapi disebabkan hanya dekat situlah satu-satunya jalan yang ada kami pun terpaksalah harungi dengan tabah dan tenang… cewwahh.. =D 
ye lah kalo tak lalu kat situ takkan nak tunggu sampai depa habis main bola kot.. lepas maghrib? Ohh… no no no… ok, lepastu dekat tepi padang tu, ada tiga orang student nih asyik usha kami dua orang ja, dari sebelum melintasi depa sampai lah kami hilang dari pandangan depa,, masa tengah dok melintas depan depa tu, mila terpandang salah seorang dari depa.. pastu mila cepat2 larikan pandangan kat sawah padi yang cantik mengkoko dengan jerami yang mengering kat depan situ. 
Pastu, salah seorang dari depa yang ada cakap kat kami, “hai dik, nak pi mengaji kat mana nih?”(perli) kami dua-dua buat muka blur… (-_- ) tapi kawan-kawan dia yang lagi dua orang tu macam backup kami la kot, lebih kurang.. ntah la malas nk ambik tau.. lepastu kami jalan je terus sampai balik hostel… 


Hum,, agak-agak hampa faham tak apa yang mila cuba nak sampaikan kat sini? Cuba hampa fikir-fikirkan balik… agak-agak apa yer?? Tak tahu? Ok meh nak bagi tahu..
Pertama, kita sebagai hamba muslimah mestilah menjaga pandangan dari lelaki ajnabi, iaitu tak buat mata menggoda a.k.a seksi kat lelaki asing.. 
Kedua, kita yang wanita ni kenalah menjaga suara.. maksudnya bukan pi minum air asam jawa ke apa.. tapi, jangan melunak-lunakkan suara depan lelaki bukan mahram… dosa tu beb, kita bukan sedar…. (walaupun mila sendiri pon tak sedar, tapi sekarang tengah biasakan diri membuat suara serius a.k.a tak dak perasaan) bila bercakap dengan lelaki bukan mahram yakni kawan baik sekalipun… insyaAllah… dan..
Ketiga, berpakaian longgar, labuh dan tidak jarang… (tadi mila pakai macam yang disebut tadi pon dah kena “ngorat”.. apatah lagi yang . . . . .) kan?.. hum.. na’uzubillah hi minzalik… 
sebenarnya, ni lah salah satu sebab mila takut kalau nak jalan sorang-sorang pergi tempat awam.. dan tak pernah rasa nak jalan sorang pon… hish rasa macam-macam.. ok lah nak pergi study… esok ada test 1…

6 Apr 2013

Terima Kasih Allah

Sekarang, aku dah tau dan faham apa itu erti PENGORBANAN, walaupun ia hanyalah satu pengorbanan yang orang takkan perasan, walhal ia adalah pengorbanan paling besar bagi aku setakat ini.
Sekarang jugak, aku dah boleh jangka apa yang akan berlaku selepas pengorbanan yang aku lakukan samaada baik atau buruk.
Sekarang jugak aku dah belajar untuk bersedia menghadapi sebarang risiko terhadap segala pengorbanan yang akan aku lakukan. Samaada ia adalah sesuatu perkara yang menyakitkan hati atau perkara yang menggembirakan hati. 
Ya Allah, aku tahu apa yang sedang berlaku ini adalah adalah ujian keatasku. Aku harap aku mampu laluinya seorang diri disini. Ya Allah, kuatkanlah Imanku. Ya Allah panjangkanlah aqalku dan pendekkanlah nafsuku.
Semoga apa yang aku lakukan sekarang ini ada hikmah disebaliknya. Jika tiada sesiapa yang yang memahami diri dan jiwaku. aku yakin, dan tersangat yakin bahawa Engkau dan MalaikatMu sentiasa ada untuk mengawasiku gerak-geriku.
Disebabkan itulah, aku sentiasa yakin dengan setiap gerak hatiku.
Sekarang pun, aku dah tau apa itu erti berdikari yang sebenar-benarnya walaupun sudah beberapa tahun biasa berjauhan dari famili tercinta.
Tentang mengawal perasaan sendiri, setakat ni Alhamdulillah. Aku akan kawal selagi termampu. Aku takkan lupakan prinsip yang aku pegang dari dulu kini dan selamanya. Buat Selagi Mampu. Nampak macam over kan?
Ada maksud yang tersirat disebalik perkataan-perkataan tu. Sekarang ni, aku hanya perlu berdoa dan menjalani hidup seperti biasa dengan prinsip aku. 

Aku rindu famili aku!!!....
nak balik..

2 Apr 2013

hari gembira ke hari sedih??

Assalam semua!!!! 
selamat petang... 
selamat hari selasa... 
selamat bulan baruu!!!

eehhh,,, dah3...
sikit3 sudah... over plak... 

okeh2... jom start..
sebenarnya,, mila bukan apa.. saja ja nak cerita pasal... aktiviti waktu nak sambut besday orang... 
biasanya kalau besday kawan2 dah nak dekat mesti ada yang plan macam2 kan?? tak pun mesti yang plan nak bagi telur busuk la... tepung la.. nk baling si besday tu dalam kolam air panas la... nak bagi kunyit la,,, nak bagi air longkang la... 
tau tak semua tu, kemungkinan boleh memendekkan umur kawan yang besday tu.. sepatutnya,, dah namanya besday tu.. sambut la elok2.. kata doa bagi umur panjang.. walaupun yang sbenarnya umur kita mmg semakin pendek dan semakin dekat dengan kubur... 
maksudnya... tak payah la susah2 nak buat teruk2 sampai kawan kita tu sakit... stakat wish ataupun buat makan2 sudah la... tapi yang tu bagi yang tak mampu nak bagi hadiah la... ataupun nak buat kelainan sikit, keluar jalan2 mkan angin sama2 ka... 
kan lebih baik camtu... 
nih tak...  semua nak ikut amalan barat... 
sepatutnya dah namanya besday dia tu bagi la dia happy... tak kira lah sapa pon... bukan yang sebaliknya...  
hum... smoga dapat iktibar yer,,,