floating


title gerak2



widgeo.net

11 May 2013

Adab-adab agar doa dimakbulkan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga blogger... 
Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur kita semua yang sangat beruntung ini... sebab apa?? 
sebab bulan ni adalah bulan Allah.. bulan Rejab.. 
kalau dah bulan ni bulan Allah kenapa?
hmm nak tau kenapa? haa... ni lah yang mila nak cakapkan, sini dekat sikit nak bisik.. psstt.. psstt... kalau kita  berdoa, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan dengan serta merta,, dan diampunkan.. tak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun..
eh,,, maksud mila, tak semestinya dalam tandas pon boleh berdoa,,, *agak-agak la... =D hehe..
 mesti ramai muslimin dan muslimat kat luar sana yang tertunggu-tunggu bulan ni kan? samalah macam mila... 
rasa bersyukur tersangat-sangat kan? jadi.. jangan seronok saja tanpa ada buat apa-apa kebaikan dekat diri sendiri dan orang lain.. haa... ingat tu..
ok, kat sini mila nak ajak semua muslimin dan muslimat menambahkan pahala.. jom!!..
Bila dah lepas solat dan mengaji al-Quran tu, apa kata kita berdoa untuk kebaikan semua orang? selain diri kita dan keluarga, hadiahkanlah jugak doa kita dekat orang-orang disekeliling kita... alaa tak rugi pon.. lagi bertambah saham kat bahu kanan kita lagi adalah kan? betul tak??
Sebelum tu mila nk ingatkan bahawa ada beberapa adab untuk berdoa dengan betul supaya dimakbulkan Allah.. 

1. Rendah diri dan khusyuk.
2. Tidak melampaui batas dalam berdoa. 
3. Ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mendengar apa yg didoakan. 
4. Memilih keadan yang sesuai (bukan di tempat-tempat yang kotor). 
5. Berdoa sambil menghadap qiblat dan mengangkat tangan sehingga paras bahu. 
6. Berdoa dengan suara lirih (tidak terlalu kuat & tidak terlalu pelan). 
7. Mengulangi apa yang didoakan sebanyak 3 kali. 
8. Hendaklah memulakan doa selepas zikir dan selawat keatas Nabi S.A.W. 
9. Memakan makanan dan pakaian yang halal. 
10. Bertaubat dan mengembalikan hak orang yang telah dizalimi.


cara mengangkat tangan mengikut sunnah


semoga dengan beberapa adab yang mila sertakan ni, boleh ingatkan saudara dan saudari tentang cara berdoa dengan betul..

jom,, masa untuk memasak... =D 

 

2 comments: