floating


title gerak2



widgeo.net

18 Jun 2013

sElamaT harY aBah!!!!..

Assalamualaikum.. 
selamat malam.. =D 
harini, mila nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua abah, ayah, abi, baba, bapa, papa dan yang sama waktu dengannya... 

ok, sebagai seorang anak, kita mesti nak berbakti kat keluarga macam apa yang abah kita buat kat famili kita kan.. mila tau dalam setiap diri seorang anak yang bertanggungjawab mesti nak yang terbaik untuk keluarga kita... 
oleh sebab itu, mila nak kenang balik apa yang abah dah buat kat keluarga, terutama sekali mila, sebab mila nih anak sulung. Jadi kalau dah nama anak sulung ni mesti la paling banyak dapat kasih sayang berbanding adik-beradik yang lain. kan?
senang cakap pengorbanan seorang ayah nih membawa ke syurga.. sebab apa? contohnya macam mila, setiap hari abah keluar dari rumah untuk mencari nafkah demi menyara kami 1 keluarga dekat bawah terik matahari untuk terus hidup dengan bahagia dan sempurna walaupun pekerjaan tu adalah pekerjaan yang sama dilakukan setiap hari. 
Tapi bagi abah, dia tak kisah, asalkan dia dapat menggembirakan semua orang kat sekeliling dia, walaupun kadang-kadang tu badan dia kurang sihat. Yang mila tengok, selagi dia tak selesaikan tanggungjawab dia, dia tak boleh duduk diam. Tu lah abah mila. my HERO, my LAGEND dan hensem.. hehe...

Kalau nak ikut, ni baru sikit apa yang abah dah buat, ada lagi pengorbanan abah kat kami yang tak dapat mila bayangkan,, kalau nak ungkit balik nih memang takkan cukup dengan apa yang abah dah korbankan tenaga dia untuk kami. memang tak dapat dibayar dengan harta. bukan setakat tenaga, tapi masa, kesihatan, kewangan dan sebagainya... 

pendek kata, psstt.. psstt... 'Kakak sayang abah ketat-ketat sampai ke syurga..' 
nih doa untuk abah,
bismillahi rahmanirrahim... 
Ya Allah. ampunkanlah segala dosa abahku, 3x
Ya Allah. kuatkanlah iman abahku, 3x
Ya Allah. tabahkanlah dirinya dalam menyara kami sekeluarga, 3x
Ya Allah. berikanlah kekuatan kepadanya untuk mencari nafkah kepada kami, 3x
Ya Allah. jadikanlah abahku seorang yang penyabar, 3x 
Ya Allah. lindungi dan jauhilah abahku dari segala perkara yang tidak elok, 3x 
Ya Allah. kuatkanlah ikatan kami sekeluarga dalam apa jua ujian yang melanda diri kami sekeluarga... 
amin.... 

#kepada sesiapa yang masih mempunyai abah, berdoalah untuk beliau. bersyukurlah kerana masih ada orang yang masih menyayangi kita, walaupun kadang-kadang tu kasih sayang dari sesorang bapa tu sangat susah kita nampak, tapi hakikatnya kasih sayang tu sedang mengalir tanpa kita sedari... =) percayalah... 

 sekian,..

9 Jun 2013

saPa paLing eGo???



Assalamualaikum,,,,
sahabat2 blogger...
selamat tengahari....
semua sihat?? alhamdulillah...

hari ni mila nak cakap pasal ego.. egokah aku?? hehe.. agak-agak?? umm...
mengikut pengetahuan mila, semua manusia ada ego sendiri.. sebagai contoh: lelaki. Sebab apa mesti lelaki dulu yang kita nampak?? bagi mila lelaki ni ego dia memang tinggi. TETAPI, masih boleh dikawal..... betul tak?? sapa setuju sila senyum...
dan apa yang mila tau lelaki ni, ego dia sentiasa ada dan nampak.. Contohnya, kalau barang kesayangan depa hilang atau rosak dan tak boleh diganti dengan baru... depa tak nangis macam perempuan... sebab apa? sebab ego lah.. kat situ pun kita dah boleh nampak kan,,, sesetengah lelaki ni jenis tak nak fikir berat-berat. Sebab tu la orang lelaki ni lambat beruban,,hehe...... *eh, dah menyimpang dah ni..
Ok, bagi perempuan pulak, apa yang mila tau ego dia terserlah bila dia mempertahankan sesuatu, tak kisah la kawan-kawan, barang kesayangan, idea, kemarahan, dan yang sama waktu dengannya.. pernah tengok tak situasi macam ni?? Atau pernah rasa?
haa... mesti pernah kan cuma tak perasan ja kan?..

dan ego ni memang Allah cipta dah elok, cantik, molek, sesuai dengan jantina kita...
Cuba kita tengok lelaki, kalau dia sedih, dia takkan nangis depan orang, tak kisah la depan lelaki atau perempuan. Sebab apa? kalau dia nangis atau tunjuk kesedihan dia, dah tentu la orang fikir negatif, kalau tak negatif pon konfius, dia ni lelaki ka pond**... ha.. orang akan fikir macam tu sebab lelaki ni fitrah dia ialah kekuatan, kegagahan, kemachoan dan macam-macam ke.. lagi.. tujuannya untuk melindungi kaum perempuan la...
Agak-agak kalau lelaki pon macam perempuan ok tak??
hmm memang tak la...
kalau perempuan pulak ego dia memang melampau-lampau, ehem, bukan nak kutuk diri sendiri.. err.. maksudnya, senang cakap kalau perempuan marah mesti kena ada yang tolong redakan kemarahan dia... terutama sekali lelakilah... a.k.a suami... Yang ni pun bila dah masuk alam rumah tangga.. yang belum masuk tu,, bawak-bawak mengucap lah ya hehe...

untuk entry kali ni.. berdasarkan apa yang mila nampak dan pernah alami sendiri...
kalau ada yang tak betul tu.. harap diperbetulkan ya.. macam lecture anatomy mila cakap try & error...
sekian....

*kat atas ni ada slank kedah sikit.. harap saudara saudari fahamlah.. =D