floating


title gerak2



widgeo.net

18 Jun 2013

sElamaT harY aBah!!!!..

Assalamualaikum.. 
selamat malam.. =D 
harini, mila nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua abah, ayah, abi, baba, bapa, papa dan yang sama waktu dengannya... 

ok, sebagai seorang anak, kita mesti nak berbakti kat keluarga macam apa yang abah kita buat kat famili kita kan.. mila tau dalam setiap diri seorang anak yang bertanggungjawab mesti nak yang terbaik untuk keluarga kita... 
oleh sebab itu, mila nak kenang balik apa yang abah dah buat kat keluarga, terutama sekali mila, sebab mila nih anak sulung. Jadi kalau dah nama anak sulung ni mesti la paling banyak dapat kasih sayang berbanding adik-beradik yang lain. kan?
senang cakap pengorbanan seorang ayah nih membawa ke syurga.. sebab apa? contohnya macam mila, setiap hari abah keluar dari rumah untuk mencari nafkah demi menyara kami 1 keluarga dekat bawah terik matahari untuk terus hidup dengan bahagia dan sempurna walaupun pekerjaan tu adalah pekerjaan yang sama dilakukan setiap hari. 
Tapi bagi abah, dia tak kisah, asalkan dia dapat menggembirakan semua orang kat sekeliling dia, walaupun kadang-kadang tu badan dia kurang sihat. Yang mila tengok, selagi dia tak selesaikan tanggungjawab dia, dia tak boleh duduk diam. Tu lah abah mila. my HERO, my LAGEND dan hensem.. hehe...

Kalau nak ikut, ni baru sikit apa yang abah dah buat, ada lagi pengorbanan abah kat kami yang tak dapat mila bayangkan,, kalau nak ungkit balik nih memang takkan cukup dengan apa yang abah dah korbankan tenaga dia untuk kami. memang tak dapat dibayar dengan harta. bukan setakat tenaga, tapi masa, kesihatan, kewangan dan sebagainya... 

pendek kata, psstt.. psstt... 'Kakak sayang abah ketat-ketat sampai ke syurga..' 
nih doa untuk abah,
bismillahi rahmanirrahim... 
Ya Allah. ampunkanlah segala dosa abahku, 3x
Ya Allah. kuatkanlah iman abahku, 3x
Ya Allah. tabahkanlah dirinya dalam menyara kami sekeluarga, 3x
Ya Allah. berikanlah kekuatan kepadanya untuk mencari nafkah kepada kami, 3x
Ya Allah. jadikanlah abahku seorang yang penyabar, 3x 
Ya Allah. lindungi dan jauhilah abahku dari segala perkara yang tidak elok, 3x 
Ya Allah. kuatkanlah ikatan kami sekeluarga dalam apa jua ujian yang melanda diri kami sekeluarga... 
amin.... 

#kepada sesiapa yang masih mempunyai abah, berdoalah untuk beliau. bersyukurlah kerana masih ada orang yang masih menyayangi kita, walaupun kadang-kadang tu kasih sayang dari sesorang bapa tu sangat susah kita nampak, tapi hakikatnya kasih sayang tu sedang mengalir tanpa kita sedari... =) percayalah... 

 sekian,..

1 comment:

  1. amin.moga jadik anak yang baik.harapan mak abah. :D
    salam perkenalan.folo yours, folo me back yeah.

    http://bloqazizsafian.blogspot.com

    ReplyDelete