floating


title gerak2



widgeo.net

26 Aug 2013

HipokRit...



Assalamualaikum...
Selamat pagi...
hari ni mila tak tahu nak tulis apa.. tapi nak komen pasal "hipokrit"..
(x taw nk ckap apa tpi komen??.. ok.)
mila yakin semua tahu apa maksud hipokrit kan??
sebab kadang-kadang mila selalu tengok, berimaginasi, dan fikir.. macam mana manusia ni selalu terikat dengan sesuatu yang mengelirukan sama ada dalam pekerjaan, perbuatan, perhubungan dan sebagainya... 
perkara yang mengelirukan yang selalu terjadi kat kita ni antaranya adalah dalam perhubungan.. 
kenapa mesti hubungan?? 
kerana... hubungan adalah sesuatu yang paling berat sebab ia melibatkan kehidupan yang berterusan... faham tak maksud mila.. ok, mesti kurang faham kan.. um,, contohnya kat sini, kalau seseorang tu buat kesalahan, haruslah meminta maaf kepada orang yang dibuat kesalahan tu.. sebab kehidupan kita adalah ke depan bukan ke belakang... kalau boleh kebelakang mila konfem,, semua tak nak salah kan??... 
ok, apa yang mila tau pasal hipokrit ni, seseorang yang menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri.. betul tak??
jadi.. dalam hubungan seharusnya buang lah jauh-jauh sifat hipokrit yang semakin lama akan menjadi kanser tu.. tak kisahlah hubungan apa sekalipun... 
sebab hipokrit ni memang satu penyakit yang keberapa pun tak pasti yang boleh membawa kepada penyakit hati selepas penyakit 'dendam'...
hipokrit jugak akan menyebabkan hubungan tu menjadi pecah belah yang mungkin disebabkan oleh fitnah, orang ketiga, orang luar, orang dalam, orang tengah dan yang sama waktu dengannya... 

ok... masa untuk mengemas diri...
bubye! =D 



No comments:

Post a Comment