floating


title gerak2



widgeo.net

27 Nov 2013

Jagalah Auratmu.....

Assalamualaikum semua..!!!
selamat hari rabu...

Ada yang pergi dah pasar rabu kan?? ok lah... sekarang masa untuk sediakan makanan tengahari pulak kan??... hmm sambil2 tu kita cuba2 selongkar sikit pasal diri kita..

ok, selama kita hidup nih, pernah tak kita terfikir yang kita ni betul2 jaga aurat kita?? Aurat ni mesti lah semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan, maksudnya dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari hantu (bagi yang perempuan) sahaja boleh dibenarkan terdedah, rasanya semua dah tahu kan tentang aurat wanita yang dah baligh dengan lelaki bukan mahram yang dah baligh??
Alhamdulillah kalau dah tahu...
Mila bukan apa cuma sejak akhir2 ni mila perhatikan kat mana2 saja mesti ada perempuan yang berpakaian tapi "bogel", mila rasa takut sangat... bukan sebab apa, nanti penghuni neraka akan dipenuhi dengan kaum perempuan yang macam ni..
Pernah tak sebelum keluar rumah kita tanya dulu dengan sapa2 yang ada dekat dengan kita contoh mak, abah, adik, abang, kakak @ kawan2 dulu tentang pakaian kita tu ok ka tak sebelum keluar?? memang tak dinafikan kadang2 ya kadang2 tak.. kan, kan, kan??
sebab kadang2 tu nak cepat sampai kita pun tak tau pakaian yang kita pakai tu ketat n jarang tak...

ok kalau selalu terjadinya macam tu mila syorkan bawak2 biasakanlah diri tu ke cermin yang lebih besar yang menampakkan 1 badan untuk tengok samaada baju tu ok atau tidak.. bukan baju saja tau tudung pun kena tengok jugak sekurang-kurangnya melepasi dada, bagi yang nak pakai t-shirt, pastikan t-shirt yang dipakai tu longgar, lepas pada punggung...
kalau nak pakai seluar jeans, pakailah x salah pon (Ustazah kat sekolah dulu cakap) tapi pastikan seluar tu lebih besar dari kaki, dan tak fit... ok? clear??
Kasut.. untuk kasut kalau masih tak biasa pakai stoking, cuba biasakan pakai kasut yang bertutup, contoh 'sneakers', kasut sarung yang menutup depan kaki (bukan menutup jari),, penah tengok kan??, dan lain-lain...
 ok biasakan pakai yang jenis2 macam tu,, bukan untuk siapa untuk kita jugak, untuk mak ayah kita jugak, untuk adik beradik lelaki kita jugak yang nak teman kita masuk syurga nanti InsyaAllah...

kalau nak difikir-fikirkan balik, cantik apa pakai macam tu, orang pandang kita pon sejuk ja... sedap mata memandang... orang lelaki tengok pon rasa hormat ja... btul tak...
Islam ni senang, mudah, dan indah...
jagalah aurat kita dengan bukan muhrim, terutama sekali dengan pak we, tunang, sepupu, kawan2, jiran dan yang sama waktu dengannya...
sebab kadang2, dengan orang-orang ni pon ada yang terlalai nak tutup aurat... padahal tak boleh sebenarnya...
ingat tu...

Anggaplah aurat ni seperti setitis minyak wangi didalam botol yang tertutup rapat dan akan hilang baunya apabila dibuka dan tidak akan dapat semula kewangiannya  yang semerbak seperti sebelumnya..

ertinya; bila dah asyik tengok aurat perempuan tu sebelum kahwin, bila dah lepas kahwin dah tak dak seri lagi dah.. betul tak kaum adam...??

ok entry ni bukan untuk dituju untuk seseorang tetapi semua orang terutama sekali diri yang menaip ni...
semoga kita menjadi yang terbaik dari yang terbaik...

Allah takkan melupakan kita tapi kita yang selalu terlupakan Allah...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment