floating


title gerak2



widgeo.net

27 Feb 2015

SAHABAT & KAWAN

Assalamualaikum.. 
Selamat pagi.. 
Salam Jumaat.. 
Penghulu hari dan hari yang sangat disukai ramai.. 

Dalam kehidupan seharian.. setiap orang mesti perlukan kawan.. dan kawan tu pulak tak kisah lah macam mana rupa, jantina, latar belakang sekalipun… hubungan yang hanya sekadar kawan boleh jadi juga dia ibu, ayah, atau adik-beradik kita..
Sebab kawan adalah kawan. Sahabat adalah sahabat. Dan ciri-ciri dari kedua-dua hubungan ini adalah SANGAT-SANGAT lah berbeza sama sekali…

KAWAN. Jangka masa yang diperlukan adalah singkat, terhad, dan ianya diperlukan pada masa2 tertentu sahaja… dengan berkawan ia tidak kisah samaada lelaki atau perempuan.. TETAPI dari segi latar belakang, harta, kepintaran, dan sebagainya amatlah penting.. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam hubungan KAWAN ini adalah…
  • ·         Berkenalan melalui tempat kerja.
  • ·         Berkenalan melalui laman media social.
  • ·         Tersalah dail nombor telefon.
  •    Apabila bergabung dalam satu kumpulan.
  • ·         Apabila ingin berbincang mengenai pelajaran, kerja dan sebagainya…
  • ·         Satu kelas, kuliah, tempat uswah, kafa, tuisyen,rumah, bilik, kilang, pejabat dan sebagainya…
  • ·         Pernah diminta dijadikan driver apabila ingin kemana-mana.
  • ·         Apabila tidak cukup korum akan dicarinya kawan itu…
  • ·         Diperlukan apabila memerlukan perlindungan.  

Dan banyak lagi ciri-ciri bermulanya hubungan kawan dalam dunia yang moden ini… tapi sayang ia hanya bermula terlalu cepat dan berakhir juga terlalu cepat tanpa kita belum sempat mengenal hati, perangai, dan sifat seseorang itu…

Manakala untuk SAHABAT pula, ia sangatlah susah dicari dan apabila dah jumpa tolonglah jangan sia-siakan sahabat tersebut.. kerana seorang sahabat ini ibarat sebuah almari.. itu bagi aku.. bagi hampa tak tahulah.. hehe.. sebab SAHABAT yang sebenar boleh mengkritik, memuji, menasihati, menyayangi, mengambil berat tentang kita tak kira waktu dan tempat.. dan itulah dipanggil SAHABAT.. berikut adalah bermulanya hubungan PERSAHABATAN…

  • ·         Berkenalan dari kecil dan hubungan kekal hingga berumah tangga walaupun masing-masing dah berumah tangga.
  • ·         Sentiasa saling mengambil berat sesama sendiri samaada sahabat tersebut lelaki mahupun perempuan. TANPA ADA SEBARANG PERASAAN LAIN.
  • ·         Sentiasa bertanya khabar walaupun berjauhan.
  • ·         Tidak menghiraukan dan percaya khabar angin yang buruk-buruk tentang sahabat sendiri..
  • ·         Sentiasa berbincang jika ingin melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kedua-dua pihak.
  • ·         Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat dan keluarganya dalam diam.
  • ·         Menjaga kehormatan sahabatnya terutama sekali yang berlainan jantina.
  • ·         Tidak merosakkan hubungan persahabatan hanya kerana jatuh hati dengan ciri-ciri yang terdapat pada sahabat tersebut. (aku paling benci dengan nih sebab tu aku nak tulis)
  • ·         Berusaha sekeras-kerasnya untuk menutup aib sahabat tersebut.
  • ·         Sentiasa berada disisi dalam keadaan susah dan senang.
  • ·         Sentiasa saling ingat-mengingati tentang akhirat dan dunia.
  • ·         Tidak mengira samaada sahabat tersebut miskin, kaya, lelaki, perempuan, gemuk, tinggi, rendah dan sebagainya.

     Dan banyak lagi ciri-ciri untuk menjadi sahabat yang baik.. tapi tak berapa ingat.. dan ini juga berdasarkan pengalaman aku selama 20 tahun ini.. Harap-harap hampa berhati-hati memilih kawan sehingga ke akhirat kerana kawan dan sahabat yang ikhlas akan membawa ke syurga… In Shaa Allah..



Apabila kamu memandang SAHABAT kamu,
Kamu akan terus teringatkan akhirat,
Dan itu adalah sebaik-baik SAHABAT.


HARGAILAH SAHABAT SELAGI ALLAH MASIH MEMBERI... 

14 Feb 2015

sEm 8... !!!

Bismillahi rahmanirrohim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Pejam celik pejam celik dahh masuk tahun 2015 yang kita tertunggu-tunggu kan...
Bila dah masuk tahun baru... umur pon barulah kan.... kalau dulu masih keanak-anakan.. kebudak-budakkan.. Tapi sekarang dah boleh buat keputusan sendiri, dah pandai berdikari walaupun sikit-sikit...
Alhamdulillah...

Dan untuk study pon Alhamdulillah... Lebih lagi minat untuk belajar tu bertambah kuat.. dan makin bernafsu pulak nak menuntut ilmu.. hehe...
Pointer pon Alhamdulillah.. lebih baik dari sebelum-sebelum ni..
Mama dengan Abah yang selalu mendoakan mila 5 kali sehari memang tak dapat nak dilupakan..
Kepada kawa-kawan yang dah banyak tolong, ajak, suruh, tanya, dan ajar mila sebelum-sebelum nih mila sangat-sangat appreciate...
Hanya Allah sahaja yang boleh balas apa yang u all dah buat kat mila selama kita study kat Kolej nih..
Terima kasih sangat-sangat...

Sekarang bila dah start sem baru ni.. sem 8.. dah jadi macam semangat baru tumbuh... uwahh... ada peningkatan ni... lagi-lagi bila belajar subjek yang memang berdasarkan praktikal sebelum nih,,, memang best la... siapa yang tak best...

harap2 kali nih memang 4 flat.. amiin...