floating


title gerak2



widgeo.net

15 Apr 2013

Astaghfirullah halazim



Setelah beberapa hari kekeringan poket melanda… akhirnya petang tadi lepas balik dari kelas mila dan kawan-kawan turun kat ATM Unimap semata-mata nak ambik duit kat situ… 
then kami berpecah, mila ngan mimi balik. Ika, ikin ngan yana pi beli ais blended kat gerai depan sana… selalunya setiap kali kami jalan nak balik dari unimap ke hostel mesti kena melalui padang bola. 
Suasana kat situ boleh agak la kan.. sangat ramai dengan student lelaki yang seronok main bola..entah knapa ntah boleh ramai pulak orang kat situ.
Tapi disebabkan hanya dekat situlah satu-satunya jalan yang ada kami pun terpaksalah harungi dengan tabah dan tenang… cewwahh.. =D 
ye lah kalo tak lalu kat situ takkan nak tunggu sampai depa habis main bola kot.. lepas maghrib? Ohh… no no no… ok, lepastu dekat tepi padang tu, ada tiga orang student nih asyik usha kami dua orang ja, dari sebelum melintasi depa sampai lah kami hilang dari pandangan depa,, masa tengah dok melintas depan depa tu, mila terpandang salah seorang dari depa.. pastu mila cepat2 larikan pandangan kat sawah padi yang cantik mengkoko dengan jerami yang mengering kat depan situ. 
Pastu, salah seorang dari depa yang ada cakap kat kami, “hai dik, nak pi mengaji kat mana nih?”(perli) kami dua-dua buat muka blur… (-_- ) tapi kawan-kawan dia yang lagi dua orang tu macam backup kami la kot, lebih kurang.. ntah la malas nk ambik tau.. lepastu kami jalan je terus sampai balik hostel… 


Hum,, agak-agak hampa faham tak apa yang mila cuba nak sampaikan kat sini? Cuba hampa fikir-fikirkan balik… agak-agak apa yer?? Tak tahu? Ok meh nak bagi tahu..
Pertama, kita sebagai hamba muslimah mestilah menjaga pandangan dari lelaki ajnabi, iaitu tak buat mata menggoda a.k.a seksi kat lelaki asing.. 
Kedua, kita yang wanita ni kenalah menjaga suara.. maksudnya bukan pi minum air asam jawa ke apa.. tapi, jangan melunak-lunakkan suara depan lelaki bukan mahram… dosa tu beb, kita bukan sedar…. (walaupun mila sendiri pon tak sedar, tapi sekarang tengah biasakan diri membuat suara serius a.k.a tak dak perasaan) bila bercakap dengan lelaki bukan mahram yakni kawan baik sekalipun… insyaAllah… dan..
Ketiga, berpakaian longgar, labuh dan tidak jarang… (tadi mila pakai macam yang disebut tadi pon dah kena “ngorat”.. apatah lagi yang . . . . .) kan?.. hum.. na’uzubillah hi minzalik… 
sebenarnya, ni lah salah satu sebab mila takut kalau nak jalan sorang-sorang pergi tempat awam.. dan tak pernah rasa nak jalan sorang pon… hish rasa macam-macam.. ok lah nak pergi study… esok ada test 1…

No comments:

Post a Comment