floating


title gerak2



widgeo.net

27 Nov 2013

Jagalah Auratmu.....

Assalamualaikum semua..!!!
selamat hari rabu...

Ada yang pergi dah pasar rabu kan?? ok lah... sekarang masa untuk sediakan makanan tengahari pulak kan??... hmm sambil2 tu kita cuba2 selongkar sikit pasal diri kita..

ok, selama kita hidup nih, pernah tak kita terfikir yang kita ni betul2 jaga aurat kita?? Aurat ni mesti lah semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan, maksudnya dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari hantu (bagi yang perempuan) sahaja boleh dibenarkan terdedah, rasanya semua dah tahu kan tentang aurat wanita yang dah baligh dengan lelaki bukan mahram yang dah baligh??
Alhamdulillah kalau dah tahu...
Mila bukan apa cuma sejak akhir2 ni mila perhatikan kat mana2 saja mesti ada perempuan yang berpakaian tapi "bogel", mila rasa takut sangat... bukan sebab apa, nanti penghuni neraka akan dipenuhi dengan kaum perempuan yang macam ni..
Pernah tak sebelum keluar rumah kita tanya dulu dengan sapa2 yang ada dekat dengan kita contoh mak, abah, adik, abang, kakak @ kawan2 dulu tentang pakaian kita tu ok ka tak sebelum keluar?? memang tak dinafikan kadang2 ya kadang2 tak.. kan, kan, kan??
sebab kadang2 tu nak cepat sampai kita pun tak tau pakaian yang kita pakai tu ketat n jarang tak...

ok kalau selalu terjadinya macam tu mila syorkan bawak2 biasakanlah diri tu ke cermin yang lebih besar yang menampakkan 1 badan untuk tengok samaada baju tu ok atau tidak.. bukan baju saja tau tudung pun kena tengok jugak sekurang-kurangnya melepasi dada, bagi yang nak pakai t-shirt, pastikan t-shirt yang dipakai tu longgar, lepas pada punggung...
kalau nak pakai seluar jeans, pakailah x salah pon (Ustazah kat sekolah dulu cakap) tapi pastikan seluar tu lebih besar dari kaki, dan tak fit... ok? clear??
Kasut.. untuk kasut kalau masih tak biasa pakai stoking, cuba biasakan pakai kasut yang bertutup, contoh 'sneakers', kasut sarung yang menutup depan kaki (bukan menutup jari),, penah tengok kan??, dan lain-lain...
 ok biasakan pakai yang jenis2 macam tu,, bukan untuk siapa untuk kita jugak, untuk mak ayah kita jugak, untuk adik beradik lelaki kita jugak yang nak teman kita masuk syurga nanti InsyaAllah...

kalau nak difikir-fikirkan balik, cantik apa pakai macam tu, orang pandang kita pon sejuk ja... sedap mata memandang... orang lelaki tengok pon rasa hormat ja... btul tak...
Islam ni senang, mudah, dan indah...
jagalah aurat kita dengan bukan muhrim, terutama sekali dengan pak we, tunang, sepupu, kawan2, jiran dan yang sama waktu dengannya...
sebab kadang2, dengan orang-orang ni pon ada yang terlalai nak tutup aurat... padahal tak boleh sebenarnya...
ingat tu...

Anggaplah aurat ni seperti setitis minyak wangi didalam botol yang tertutup rapat dan akan hilang baunya apabila dibuka dan tidak akan dapat semula kewangiannya  yang semerbak seperti sebelumnya..

ertinya; bila dah asyik tengok aurat perempuan tu sebelum kahwin, bila dah lepas kahwin dah tak dak seri lagi dah.. betul tak kaum adam...??

ok entry ni bukan untuk dituju untuk seseorang tetapi semua orang terutama sekali diri yang menaip ni...
semoga kita menjadi yang terbaik dari yang terbaik...

Allah takkan melupakan kita tapi kita yang selalu terlupakan Allah...

Wallahualam..

24 Nov 2013

Habis final, Mula cuti...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...

Sekarang dah masuk musim cuti sekolah kan...
Untuk yang masih belum cuti sem, its ok... mila pulak dah start cuti sem hujung minggu nih, tapi disebabkan paper final exzam habis awal 14 haribulan lepas dah boleh balik kampungdah... Dan sekarang nih mila dah berada di kampung halaman yang tercinta....
untung2 cuti sem pulak sama dengan cuti sekolah, dapat la berkumpul ramai2 ngan adik bradik semua... cuma 27 haribulan nih baru lah lengkap forum kami 1 famili, sebab adik mila yang nombor 2 tengah SPM skarang ni.. lagi 3 paper rasanya...

Umm... sesetengah orang kalau cuti2 macam ni ada yang pergi holiday, cari kerja, buat kerja dll... tapi mila?? hehe... nothing... duduk rumah goyang kaki ja...
hampa ? macam mana?? ada buat apa2 tak??  kalau ada bagus...
ya la.. sekurang-kurangnya ada jugak benda yang nak dibuat daripada duduk saja kat rumah "membina badan" kan... haa...
ok, untuk paper haritu,,, Alhamdulillah mila boleh jawab... sebab dah study cukup2 kot,, kawan satu bilik pon dok kawal mila suruh study.. waw dah macam cikgu disiplin dah dia,, kalau daripada yang sem2 lepas ada 6 subjek semuanya...susah sikit la,, tapi sem baru ni hanya ada 4 subjek saja... so kena la buat betul2 kan... nanti tak pasal2 rosak pointer... harap2 lah dapat pointer terbaik kali nih... Amin..

ok,, check it out... Assalam... 

5 Nov 2013

Salam Maal Hijrah!!! (Muharam)

Assalamualaikum warga blogger....

buat apa tu?? sihat??

Alhamdulillah.. syukur.. sekarang ni mila dah exzam final dah.. smalam lagi dah start.. Alhamdulillah semuanya boleh jawab, cuma ada la sikit-sikit soalan yg termiss waktu study tu masuk dalam soalan... so,, main tembak-menembak la jawabnya.. hehe
walaupun boleh jawab, tapi. hmm sampai sekarang mila masih rasa 'nousea'.. tau tak apa itu 'nousea'? maksudnya loya.. Loya?? alamak sebab apa tu?? sebab terlalu nervous la.. ni first time tau mila rasa nervous camni... waktu nak amik xzam SPM pon tak macam ni... bayangkanlah punya takut nak jawab soalan sampai terketar-ketar nak pegang pen..
sekarang ni pon dok rasa lagi.. umm, perasaan kita ni sebenarnya dikawal oleh kelenjar adrenal.. tau tak kat mana letaknya kelenjar adrenalin kita nih?? ha... nih mila nak bagitau la sikit... semua orang ada buah pinggang kan?? mestilah. dekat atas buah pinggang tu perasan tak ada satu benda kecik yang lebih kecik daripada buah pinggang?? hah yang tu lah adrenal gland.. ehh bahasa oqang putih plak,, kelenjar adrenal... hah bnda tu lah yang digunakan waktu kita terlalu suka, terlalu takut, terlalu marah, dan macam-macam terlalu lagilah... macam yang mila rasa sekarang nih terlalu takut sampaikan tengok makanan pon dah tak dak nafsu lagi dah... hish,, susah betuilah....

by the way... ceewah...
mila nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua umat Islam kat dunia nih kalau tak sampai dunia lagi Malaysia pun cukupla... =D

semoga amalan kita semakin bertambah-tambah dengan segala kebaikan yang ada didunia ni... buang yang keruh ambik yang jernih... tutup buku lama bukak buku baru..
mila harap akan menjadi anak yang solehah, kakak yang penyayang, kawan yang setia, dan jugakkkk... pelajar yang baik dan rajin belajar... dan, dan, dan yang paling penting semoga mila berusaha menjadi hamba Allah yang rajin melakukan ibadah siang dan malam... macam tu jugaklah dengan reader yang tengah membaca nih... aminn...

Assalamualaikum...

5 Sept 2013

Lemahkah Wanita ini???

Assalamualaikum ahli blogger, reader yang dihormati sekalian... malam ni mila tak ada apa yang nak diupdate, jadi...
dalam tengah memikir berfikir memikir tiba-tiba datanglah satu rangkap kata2 untuk mengingatkan mila dan kaum wanita semua kenapa kita dijadikan sebagai wanita...
umm,,, antaranya berbunyi...

Nak jadi makhluk yang sempurna janganlah menyusahkan malaikat Atib nak kena catat amalan di bahu sebelah kiri,
Nak jadi anak yang solehah janganlah menyusahkan mak ayah nak itu nak ini,
Nak jadi pelajar yang cemerlang janganlah malas study,
Nak jadi pekerja yang dihormati janganlah malas jalankan tugas sana dan sini,
Nak jadi isteri yang solehah janganlah meninggi suara dan hargai suami,
Nak jadi ibu yang penyayang janganlah membiarkan anak-anak membuat perkara yang tidak diingini,

Jadi wahai wanita... bersyukurlah kita kerana Allah sangat sayangkan kita dengan memberikan tanggungjawab yang dijadikan sebagai jambatan untuk memudahkan kita membinanya sebagai jalan keSyurga kelak...
Kalau orang cakap kita nih lemah, memanglah lemah tapi sebenarnya lemah luaran ja... kat dalam jiwa kita lebih kuat daripada apa yang dilihat kalau jiwa kita ni dibalut dengan iman yang tebal... tak begitu?? sebab tu lah jangan hiraukan kalau orang cakap wanita nih lemah.. sebab lemah-lemah kita pon orang lelaki yang gagah perkasa tu pon perlukan seorang Wanita untuk menyokong dirinya dalam melayari bahtera nanti... kan, kan, kan...

Alhamdulillah... senyum...

26 Aug 2013

HipokRit...



Assalamualaikum...
Selamat pagi...
hari ni mila tak tahu nak tulis apa.. tapi nak komen pasal "hipokrit"..
(x taw nk ckap apa tpi komen??.. ok.)
mila yakin semua tahu apa maksud hipokrit kan??
sebab kadang-kadang mila selalu tengok, berimaginasi, dan fikir.. macam mana manusia ni selalu terikat dengan sesuatu yang mengelirukan sama ada dalam pekerjaan, perbuatan, perhubungan dan sebagainya... 
perkara yang mengelirukan yang selalu terjadi kat kita ni antaranya adalah dalam perhubungan.. 
kenapa mesti hubungan?? 
kerana... hubungan adalah sesuatu yang paling berat sebab ia melibatkan kehidupan yang berterusan... faham tak maksud mila.. ok, mesti kurang faham kan.. um,, contohnya kat sini, kalau seseorang tu buat kesalahan, haruslah meminta maaf kepada orang yang dibuat kesalahan tu.. sebab kehidupan kita adalah ke depan bukan ke belakang... kalau boleh kebelakang mila konfem,, semua tak nak salah kan??... 
ok, apa yang mila tau pasal hipokrit ni, seseorang yang menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri.. betul tak??
jadi.. dalam hubungan seharusnya buang lah jauh-jauh sifat hipokrit yang semakin lama akan menjadi kanser tu.. tak kisahlah hubungan apa sekalipun... 
sebab hipokrit ni memang satu penyakit yang keberapa pun tak pasti yang boleh membawa kepada penyakit hati selepas penyakit 'dendam'...
hipokrit jugak akan menyebabkan hubungan tu menjadi pecah belah yang mungkin disebabkan oleh fitnah, orang ketiga, orang luar, orang dalam, orang tengah dan yang sama waktu dengannya... 

ok... masa untuk mengemas diri...
bubye! =D 



13 Aug 2013

SaLam AidilFitri....

Assalamualaikum warga blogger semua... !!!!
Alhamdulillah dapat jugak mila menulis kembali blog nih yang dah brapa bulan tak dihiraukan nih... bukan sebab apa.. broadband tak "hidup" sebab ada masalah sikit...
di kesempatan ini, mila nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Maaf lah terlambat ucap, harini dah masuk hari raya ke-6 dah... masih belum terlambat kot rasanya...
humm... by the way.. dah lama tak on facebook macam-macam dah berubah... dekat 2 bulan... tapi tak kisah pun... bagi mila benda tu semua biasa ja.. cewah...

Agak ramai kan yang sambut hari raya tahun ni dengan meriah?? tapi bagi mila biasa ja.. tak tau lah kenapa. Mungkin sebab tahun nih adik mila nk SPM kot... so, raya tahun nih jadi ala kadar ja... makan-makan pon mama x buat... makan ja apa yang ada... tema baju hari raya pon tak dak, pakai ja baju apa pon... tak pa tahun depan masih ada lagi... insyaAllah...

Untunglah bagi sesiapa yang beraya dengan meriah, bersyukurlah... dekat facebook pun dah nampak kemeriahan tu, dengan gambar-gambar yang diupload.. aktiviti-aktiviti yang dibuat masa raya.. open house dan yang sama waktu dengannya...

Oklah... dengan ini mila nak mengundur diri untuk harini... terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog mila sebelum nih...

harap apa yang salah mintak ditegur... terima kasih...

Salam Aidilfitri....

=D




18 Jun 2013

sElamaT harY aBah!!!!..

Assalamualaikum.. 
selamat malam.. =D 
harini, mila nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua abah, ayah, abi, baba, bapa, papa dan yang sama waktu dengannya... 

ok, sebagai seorang anak, kita mesti nak berbakti kat keluarga macam apa yang abah kita buat kat famili kita kan.. mila tau dalam setiap diri seorang anak yang bertanggungjawab mesti nak yang terbaik untuk keluarga kita... 
oleh sebab itu, mila nak kenang balik apa yang abah dah buat kat keluarga, terutama sekali mila, sebab mila nih anak sulung. Jadi kalau dah nama anak sulung ni mesti la paling banyak dapat kasih sayang berbanding adik-beradik yang lain. kan?
senang cakap pengorbanan seorang ayah nih membawa ke syurga.. sebab apa? contohnya macam mila, setiap hari abah keluar dari rumah untuk mencari nafkah demi menyara kami 1 keluarga dekat bawah terik matahari untuk terus hidup dengan bahagia dan sempurna walaupun pekerjaan tu adalah pekerjaan yang sama dilakukan setiap hari. 
Tapi bagi abah, dia tak kisah, asalkan dia dapat menggembirakan semua orang kat sekeliling dia, walaupun kadang-kadang tu badan dia kurang sihat. Yang mila tengok, selagi dia tak selesaikan tanggungjawab dia, dia tak boleh duduk diam. Tu lah abah mila. my HERO, my LAGEND dan hensem.. hehe...

Kalau nak ikut, ni baru sikit apa yang abah dah buat, ada lagi pengorbanan abah kat kami yang tak dapat mila bayangkan,, kalau nak ungkit balik nih memang takkan cukup dengan apa yang abah dah korbankan tenaga dia untuk kami. memang tak dapat dibayar dengan harta. bukan setakat tenaga, tapi masa, kesihatan, kewangan dan sebagainya... 

pendek kata, psstt.. psstt... 'Kakak sayang abah ketat-ketat sampai ke syurga..' 
nih doa untuk abah,
bismillahi rahmanirrahim... 
Ya Allah. ampunkanlah segala dosa abahku, 3x
Ya Allah. kuatkanlah iman abahku, 3x
Ya Allah. tabahkanlah dirinya dalam menyara kami sekeluarga, 3x
Ya Allah. berikanlah kekuatan kepadanya untuk mencari nafkah kepada kami, 3x
Ya Allah. jadikanlah abahku seorang yang penyabar, 3x 
Ya Allah. lindungi dan jauhilah abahku dari segala perkara yang tidak elok, 3x 
Ya Allah. kuatkanlah ikatan kami sekeluarga dalam apa jua ujian yang melanda diri kami sekeluarga... 
amin.... 

#kepada sesiapa yang masih mempunyai abah, berdoalah untuk beliau. bersyukurlah kerana masih ada orang yang masih menyayangi kita, walaupun kadang-kadang tu kasih sayang dari sesorang bapa tu sangat susah kita nampak, tapi hakikatnya kasih sayang tu sedang mengalir tanpa kita sedari... =) percayalah... 

 sekian,..

9 Jun 2013

saPa paLing eGo???



Assalamualaikum,,,,
sahabat2 blogger...
selamat tengahari....
semua sihat?? alhamdulillah...

hari ni mila nak cakap pasal ego.. egokah aku?? hehe.. agak-agak?? umm...
mengikut pengetahuan mila, semua manusia ada ego sendiri.. sebagai contoh: lelaki. Sebab apa mesti lelaki dulu yang kita nampak?? bagi mila lelaki ni ego dia memang tinggi. TETAPI, masih boleh dikawal..... betul tak?? sapa setuju sila senyum...
dan apa yang mila tau lelaki ni, ego dia sentiasa ada dan nampak.. Contohnya, kalau barang kesayangan depa hilang atau rosak dan tak boleh diganti dengan baru... depa tak nangis macam perempuan... sebab apa? sebab ego lah.. kat situ pun kita dah boleh nampak kan,,, sesetengah lelaki ni jenis tak nak fikir berat-berat. Sebab tu la orang lelaki ni lambat beruban,,hehe...... *eh, dah menyimpang dah ni..
Ok, bagi perempuan pulak, apa yang mila tau ego dia terserlah bila dia mempertahankan sesuatu, tak kisah la kawan-kawan, barang kesayangan, idea, kemarahan, dan yang sama waktu dengannya.. pernah tengok tak situasi macam ni?? Atau pernah rasa?
haa... mesti pernah kan cuma tak perasan ja kan?..

dan ego ni memang Allah cipta dah elok, cantik, molek, sesuai dengan jantina kita...
Cuba kita tengok lelaki, kalau dia sedih, dia takkan nangis depan orang, tak kisah la depan lelaki atau perempuan. Sebab apa? kalau dia nangis atau tunjuk kesedihan dia, dah tentu la orang fikir negatif, kalau tak negatif pon konfius, dia ni lelaki ka pond**... ha.. orang akan fikir macam tu sebab lelaki ni fitrah dia ialah kekuatan, kegagahan, kemachoan dan macam-macam ke.. lagi.. tujuannya untuk melindungi kaum perempuan la...
Agak-agak kalau lelaki pon macam perempuan ok tak??
hmm memang tak la...
kalau perempuan pulak ego dia memang melampau-lampau, ehem, bukan nak kutuk diri sendiri.. err.. maksudnya, senang cakap kalau perempuan marah mesti kena ada yang tolong redakan kemarahan dia... terutama sekali lelakilah... a.k.a suami... Yang ni pun bila dah masuk alam rumah tangga.. yang belum masuk tu,, bawak-bawak mengucap lah ya hehe...

untuk entry kali ni.. berdasarkan apa yang mila nampak dan pernah alami sendiri...
kalau ada yang tak betul tu.. harap diperbetulkan ya.. macam lecture anatomy mila cakap try & error...
sekian....

*kat atas ni ada slank kedah sikit.. harap saudara saudari fahamlah.. =D



31 May 2013

blog denGan facebook...

Assalamualaikum!!..
eh,,, terexcited pulak..
hehe... ok2... semua dah makan?? semua dah ready nak tidur?... ala.. kejap la.. awal lagi.. jom la blogwalking dulu...
mila ada something nak cerita nih...
antara blog dengan facebook, yang mana hampa paling suka??
ok,, memang tak dinafikan la blog kan? walaupun facebook tu wajib kena buka setiap hari kan3....
hehe sama la kita...
sebenarnya mila bukan nak cakap suka yang mana satu,,, sebab tak kisah pun...
tapi mila nak sembang pasal isi untuk blog dengan isi untuk facebook...
maksudnya kat sini... blog adalah untuk menulis sesuatu yang panjang2 macam pengalaman, perasaan, berita, dan yang sama waktu dengannya... manakala facebook pulak sama la jugak kan...
tapi yang bezanya kat sini... cuma panjang dan pendek je kan?.. betul tak? mila pun tak sure sebenarnya nih,,, hum... *tu lah orang nk tulis blog aq pun nk tulis.. last2 x dak isi nak tulis...
sebab apa tau,, kadang2 ada jugak orang tulis pendek2 kat blog.. tapi nampak menarik nak tengok... mila pon nak tulis jugak pendek2 tapi takut orang tak dak nafsu nak baca... takut jadi bosan...
kalau kat fb update status pendek2 tu dah biasa la kan... ok lah nak gerak dulu... bubye...

ehh,,, kejap kejap kejap!!...
em,, kalau ada benda yang tak kena dekat blog mila ni, tolong komen taw... sebab mila dah kekeringan idea nak karang sesuatu yang menarik...
almaklumlah asyik study ja... sampai tak tau pasal dunia semasa... *study la sgt...
eh,, esok bola taw.. jangan lupa tunggu depan tv..
ok roger n out!....
=D


28 May 2013

blogger Muslimah @ blogger Wanita??

Assalamualaikum warga reader, dan blogger2 semua... 

selamat tengahari.. semoga Allah sentiasa memberkati hari yang indah anda walau dimana pun hampa berada...
sebenarnya mila nak cerita pasal blogger..
blogger apa??  bloggerlah...
umm... maksud mila, dalam banyak2 blogger nih ada bnyak jenis blogger yg boleh dikategorikan dan antaranya ialah .. dot dot dot... 
hehe x lah... 
ok2 series series... 
antara blogger yg mila tahu la kan, 
- blog utk pekerjaan 
- blog utk suka-suka
- blog utk meluahkan rasa hati.. 
- blog utk study
- blog utk berita2 terkini...
 dan sebagainya...

ok, yg mila nk sampaikan kat sini sebenarnya, mila tringin sgt nak jadi blogger muslimah bukan blogger gadis.. 
faham kan maksud mila?? ok bagus... 
ada 1 blog tu mila baca, dia ada cerita pasal mcm mana nak jadi blogger muslimah.. apa yg mila faham kat sini.. 

blogger muslimah perlulah:
1. tidak meletakkan gambar2 yg x menutup aurat..
2. tidak terlalu menceritakan tentang keistimewaan diri dan kelebihan diri yg memang tak da kena mengena utk tatapan org bukan muhrim... 
3. menyampaikan pesan2 dan cerita2 berunsurkan pengajaran yg baik..
4. mengajak blogger melakukan kebaikan contohnya letakkan zikir ke, doa ke, haa... dengan tak sengaja kalau pembaca buka mestilah dia terbaca jugak kan... bila kita dapat pahala dia pon dapat pahala... kan seronok mcm tu...
5. dan akhir sekali... selalu ingatkan pembaca, rajin2 lah buat kebaikan contohnya, daripada asyik dok berblogging tu, pergilah tolong mak kat dapur... jangan asyik nk berblogging ja smpai tak ingat dunia... 

hehe.. oppss!! terasa pulak mila... hehe
semoga entry nih berguna.. dan yang penting doa2kanlah semoga mila sentiasa kekal macam apa yang diharapkan macam kat atas nih... 
amin... 
=D


24 May 2013

Memang takkan cukup punya...

setiap manusia memang takkan pernah cukup dengan 1.. apa yang 1 tu??
apa saja la... kalau nama tu dah manusia, memang dah dibekalkan dengan nafsu. 1 lagi, kalau ada nafsu, mesti ada akal kan. sebab dengan akallah nafsu boleh disekat dan dikawal. cuba tengok kereta, kalau tak ada stering @ gear, boleh tak kita kawal @ gerakkan kereta tu?? mestila tak boleh kan. macam tulah manusia. kalau tak da akal dan nafsu,,,
agak2 macam manalah kita kan? wallahualam...
jadi kat sini, mila nk ingatkan sikit terutamanya untuk diri mila terutamanya. dan juga orang lain supaya bersyukur dengan apa yang kita ada kat dunia ni, sebab kita hidup kat dunia ini hanyalah sementara dan dunia yang paling kekal adalah dunia akhirat yakni di syurga nanti.
kadang2 mila teringat jugak sorang2 yg mila nih terlalu taksub dengan gadjet2 baru... sampai kadang2 tu terlupa nak fikirkan pasal diri sendiri kecuali makan.. heee...
tapi sekarang nih mila dah hampir2 sedar yg mila nih kena study sampai berjaya untuk menyara fmili nanti terutama sekali mama ngan abah yang dah banyak bersusah payah menyara sampai besar dan masuk menara gading nih,
hmm menara gading la sangat kan... haha
ok, ni dah lari tajuk dah ni.. ok bye,,,

12 May 2013

SeLaMaT hArI iBu !!!

Haii... Assalamualaikum... selamat pagi... selamat hari Ibu!!!!,, 
sayang mama sangat2... wah.. excitednya rasa.. hehe... 
ok, harini mila nk cerita pasal mama mila yg comel dan penyayang tu...



mama adalah seorang yang penyayang.. dalam penyayang, ada kesabarannya.. dalam kesabarannya, ada senyumannya... itu lah mama mila... 

apa yg mila paling suka kat mama, taw x apa? haa... mestilah sifat penyayang dia,, mila rasa semua org suka kalau mak dia penyayang kan??..
pernah dulu mila kena chicken pox yg sangat teruk.. dah sampai tak boleh bangun, sampai tangan pun dah tak larat nk angkat.. asyik terbaring ja kat tilam.. tau sapa yg jaga mila waktu tu??.. tak lain tak bukan mamalah yg jaga.. ada satu hari tu, mama ada event kat umah adik bradik dia, dia sanggup tak pi semata-mata nk jaga mila.. 
rasa terharu sangat sangat sangat.... tak tau nk cakap macam mana dah... tu lah.. orang kata pengorbanan ibu tersangatlah besar.. 
hah,, yg ni baru sikit mama buat, dah rasa terharu sangat2,,, tapi kalau nk dibandingkan dengan mila?.. apa ja yg dah mila buat? rasanya tak la seberapa sangat... 
so,, bersyukurlah selagi kita masih mempunya Mama, Emak, Ummi, Ibu, Bonda, dan yang sama waktu dengannya... 

ingatlah ^^
JIKA SEORANG IBU SUDAH TIADA DI MUKA BUMI INI, MAKA TERPUTUSLAH TALI KEBERKATAN YANG SELALU MENGIKAT KITA DENGAN DOANYA...
*betui ka ayat nih? hentam ja.. sapa tak paham nasib.. 

nih mila sertakan skali gambar waktu kami pergi berkelah kat satu tasik tu yang sangat cantik dan mendamaikan.. 



mama = yg pakai tudung kuning
mila = pakai tudung biru
fikri = yg peluk mama kat blakang
daniel = yg minum air.
hairie = yg mila tengah pegang tu.. comel tak?..
abah? = yang tangkap gambar ni la... nampak tak?? hehe..
yg kucing tu pulak? nama dia Mei...

 
hum... tak dak gambaq ori.. gambaq kartun pon jadilah...
smile =D

kakak sayang mama sangat2..
terima kasih atas segala pengorbanan selama ini yang tak terbalas kat dunia.. 
semoga Allah sentiasa membalas kebaikan mama kat kami semua... amin.. 









11 May 2013

Adab-adab agar doa dimakbulkan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga blogger... 
Alhamdulillah... Allah masih panjangkan umur kita semua yang sangat beruntung ini... sebab apa?? 
sebab bulan ni adalah bulan Allah.. bulan Rejab.. 
kalau dah bulan ni bulan Allah kenapa?
hmm nak tau kenapa? haa... ni lah yang mila nak cakapkan, sini dekat sikit nak bisik.. psstt.. psstt... kalau kita  berdoa, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan dengan serta merta,, dan diampunkan.. tak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun..
eh,,, maksud mila, tak semestinya dalam tandas pon boleh berdoa,,, *agak-agak la... =D hehe..
 mesti ramai muslimin dan muslimat kat luar sana yang tertunggu-tunggu bulan ni kan? samalah macam mila... 
rasa bersyukur tersangat-sangat kan? jadi.. jangan seronok saja tanpa ada buat apa-apa kebaikan dekat diri sendiri dan orang lain.. haa... ingat tu..
ok, kat sini mila nak ajak semua muslimin dan muslimat menambahkan pahala.. jom!!..
Bila dah lepas solat dan mengaji al-Quran tu, apa kata kita berdoa untuk kebaikan semua orang? selain diri kita dan keluarga, hadiahkanlah jugak doa kita dekat orang-orang disekeliling kita... alaa tak rugi pon.. lagi bertambah saham kat bahu kanan kita lagi adalah kan? betul tak??
Sebelum tu mila nk ingatkan bahawa ada beberapa adab untuk berdoa dengan betul supaya dimakbulkan Allah.. 

1. Rendah diri dan khusyuk.
2. Tidak melampaui batas dalam berdoa. 
3. Ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mendengar apa yg didoakan. 
4. Memilih keadan yang sesuai (bukan di tempat-tempat yang kotor). 
5. Berdoa sambil menghadap qiblat dan mengangkat tangan sehingga paras bahu. 
6. Berdoa dengan suara lirih (tidak terlalu kuat & tidak terlalu pelan). 
7. Mengulangi apa yang didoakan sebanyak 3 kali. 
8. Hendaklah memulakan doa selepas zikir dan selawat keatas Nabi S.A.W. 
9. Memakan makanan dan pakaian yang halal. 
10. Bertaubat dan mengembalikan hak orang yang telah dizalimi.


cara mengangkat tangan mengikut sunnah


semoga dengan beberapa adab yang mila sertakan ni, boleh ingatkan saudara dan saudari tentang cara berdoa dengan betul..

jom,, masa untuk memasak... =D 

 

20 Apr 2013

hepy besday to??



Alhamdulillah,,, skarang masih tinggal setengah jam lagi sebelum tamat ulang tahun yang ke 19 tahun mila,,,

Smoga Allah mengampuni segala dosa2 yang mila telah dilakukan sebelum nih,,, smoga semua orang dapat memaafkan segala kesalahan mila kat semua orang yang mungkin mila lakukan,,, mungkin tertinggi suara, termarah, terhutang dengan sapa2 ke, dan apa je lah yang ter,, halalkan makan minum mila sebelum nih ok? harap dimaafkan,,, (cewah mcam raya plak)
eh,, lupa pulak.. mila nk ucapkan sangat2 terima kasih kat sapa yang dah wish hepy besday kat mila... sayang awak semua... awak semua baik sangat... kiut macam strawberry,,,, haha... 
dan semoga mila dan kawan2 yang lain x kira dari sekolah rendah sampai lah kolej, semoga dapat menunaikan impian diri sendiri dan keluarga nanti...
amin... 

ok lah... slamat malam.... U! I LOVE.....

15 Apr 2013

Astaghfirullah halazim



Setelah beberapa hari kekeringan poket melanda… akhirnya petang tadi lepas balik dari kelas mila dan kawan-kawan turun kat ATM Unimap semata-mata nak ambik duit kat situ… 
then kami berpecah, mila ngan mimi balik. Ika, ikin ngan yana pi beli ais blended kat gerai depan sana… selalunya setiap kali kami jalan nak balik dari unimap ke hostel mesti kena melalui padang bola. 
Suasana kat situ boleh agak la kan.. sangat ramai dengan student lelaki yang seronok main bola..entah knapa ntah boleh ramai pulak orang kat situ.
Tapi disebabkan hanya dekat situlah satu-satunya jalan yang ada kami pun terpaksalah harungi dengan tabah dan tenang… cewwahh.. =D 
ye lah kalo tak lalu kat situ takkan nak tunggu sampai depa habis main bola kot.. lepas maghrib? Ohh… no no no… ok, lepastu dekat tepi padang tu, ada tiga orang student nih asyik usha kami dua orang ja, dari sebelum melintasi depa sampai lah kami hilang dari pandangan depa,, masa tengah dok melintas depan depa tu, mila terpandang salah seorang dari depa.. pastu mila cepat2 larikan pandangan kat sawah padi yang cantik mengkoko dengan jerami yang mengering kat depan situ. 
Pastu, salah seorang dari depa yang ada cakap kat kami, “hai dik, nak pi mengaji kat mana nih?”(perli) kami dua-dua buat muka blur… (-_- ) tapi kawan-kawan dia yang lagi dua orang tu macam backup kami la kot, lebih kurang.. ntah la malas nk ambik tau.. lepastu kami jalan je terus sampai balik hostel… 


Hum,, agak-agak hampa faham tak apa yang mila cuba nak sampaikan kat sini? Cuba hampa fikir-fikirkan balik… agak-agak apa yer?? Tak tahu? Ok meh nak bagi tahu..
Pertama, kita sebagai hamba muslimah mestilah menjaga pandangan dari lelaki ajnabi, iaitu tak buat mata menggoda a.k.a seksi kat lelaki asing.. 
Kedua, kita yang wanita ni kenalah menjaga suara.. maksudnya bukan pi minum air asam jawa ke apa.. tapi, jangan melunak-lunakkan suara depan lelaki bukan mahram… dosa tu beb, kita bukan sedar…. (walaupun mila sendiri pon tak sedar, tapi sekarang tengah biasakan diri membuat suara serius a.k.a tak dak perasaan) bila bercakap dengan lelaki bukan mahram yakni kawan baik sekalipun… insyaAllah… dan..
Ketiga, berpakaian longgar, labuh dan tidak jarang… (tadi mila pakai macam yang disebut tadi pon dah kena “ngorat”.. apatah lagi yang . . . . .) kan?.. hum.. na’uzubillah hi minzalik… 
sebenarnya, ni lah salah satu sebab mila takut kalau nak jalan sorang-sorang pergi tempat awam.. dan tak pernah rasa nak jalan sorang pon… hish rasa macam-macam.. ok lah nak pergi study… esok ada test 1…