floating


title gerak2



widgeo.net

6 Apr 2013

Terima Kasih Allah

Sekarang, aku dah tau dan faham apa itu erti PENGORBANAN, walaupun ia hanyalah satu pengorbanan yang orang takkan perasan, walhal ia adalah pengorbanan paling besar bagi aku setakat ini.
Sekarang jugak, aku dah boleh jangka apa yang akan berlaku selepas pengorbanan yang aku lakukan samaada baik atau buruk.
Sekarang jugak aku dah belajar untuk bersedia menghadapi sebarang risiko terhadap segala pengorbanan yang akan aku lakukan. Samaada ia adalah sesuatu perkara yang menyakitkan hati atau perkara yang menggembirakan hati. 
Ya Allah, aku tahu apa yang sedang berlaku ini adalah adalah ujian keatasku. Aku harap aku mampu laluinya seorang diri disini. Ya Allah, kuatkanlah Imanku. Ya Allah panjangkanlah aqalku dan pendekkanlah nafsuku.
Semoga apa yang aku lakukan sekarang ini ada hikmah disebaliknya. Jika tiada sesiapa yang yang memahami diri dan jiwaku. aku yakin, dan tersangat yakin bahawa Engkau dan MalaikatMu sentiasa ada untuk mengawasiku gerak-geriku.
Disebabkan itulah, aku sentiasa yakin dengan setiap gerak hatiku.
Sekarang pun, aku dah tau apa itu erti berdikari yang sebenar-benarnya walaupun sudah beberapa tahun biasa berjauhan dari famili tercinta.
Tentang mengawal perasaan sendiri, setakat ni Alhamdulillah. Aku akan kawal selagi termampu. Aku takkan lupakan prinsip yang aku pegang dari dulu kini dan selamanya. Buat Selagi Mampu. Nampak macam over kan?
Ada maksud yang tersirat disebalik perkataan-perkataan tu. Sekarang ni, aku hanya perlu berdoa dan menjalani hidup seperti biasa dengan prinsip aku. 

Aku rindu famili aku!!!....
nak balik..

No comments:

Post a Comment