floating


title gerak2



widgeo.net

23 Mar 2013

Hanya Allah yang Satu

Semalam, mila tengah cuci pinggan lepas makan malam. Tengah2 semangat dok mencuci pinggan tu, Mei datang kat dapur. Lepastu dia gesel2kan kepala dia kat kaki mila sambil "cakap" meow! meow!... pastu mila tanya la dia "Knapa Mei??.. Lapaq ka??.. dia terus pi kat ruang makan, baring sambil "memandikan diri" dia. Waktu dia semangat dok "memandikan diri" tu.. 
Tiba2 azan berkumandang kat henset mila.. Henset tu duduk atas almari. masa tengah dok jilat bulu, mei terus berenti lepas tu tercari-cari mana bunyi azan tu.. Bila dah jumpa, dia tenung ja kat tempat yang bunyi azan tu.
Mila yang tengah cuci pinggan ni pon tak berenti. Rasa malu pulak sorang2.. 
Disebabkan malu, mila pon berenti kejap cuci pinggan untuk dengar dan jawab azan tu. 
Bila azan tu dah habis, mei sambung balik "memandikan" diri dia, mila pulak sambung balik cuci pinggan yang terberenti tadi..
Mila teringat balik apa yang ustazah pernah cerita, pasal makhluk dibumi selain manusia. Setiap saat, setiap jam, setiap waktu, bila2 masa saja, depa berzikir.
Rasa insaf bilafikirkan balik. Kadang2 terfikir la jugak. 'aku ni rajin solat, tapi malas berzikir..' 
Bukan malas, tapi terlupa. sebab tu lah mila selalu cari alternatif untuk bagi mila sentiasa teringat untuk berzikir. Pernah mula2 letak zikir dalam fon. Lepastu letak dalam laptop buat wallpaper. yang tu kadang2 ikut, tapi selalunya tak jugak. dan yang baru2 ni, mila lekatkan zikir dengan selawat Rasulullah dekat pintu locker kat asrama. Dengan cara ni InsyaAllah berkesan. Walaupun buat masa ni mila tak terpandang pon kat zikir tu.
Hmm... susah jugak kan kalau dah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang melalaikan ni?... 
Bukan apa.. mila ni peminat Korea.. So, benda pertama yang akan dipandangnya korea la dulu.. Tapi, bila dah penat atau boring, baru sibuk nak tercari-cari zikir ni. 
Nampak sangat la mila nih cepat lupa diri. Kadang2 tu takut la... takut sangat,, macam tak senang duduk ja, bila tak buat apa yang Allah suruh... 

hmm... 
Nauzubillah himinzalik...